KENAPA LONGKAI/TONTO TAKUT DIRAKAM?

K

Asas dalam hidup ini, kalau kita tak salah, kita tak takut untuk direkod segala tindakan kita. Kalau kita takut, maksudnya perbuatan kita ada masalah.

Semalam kejadian kemalangan berlaku depan mata aku, jadi aku decide untuk turun tolong. Apa yang menjadi concern utama aku adalah mangsa dilihat tidak sihat dan mempunyai seorang anak kecil.

Yang lebih epik, satu lagi kemalangan berlaku melibatkan motosikal dan kereta di tempat kejadian. Maka, tempat kejadian makin meriah.

Seperti biasa, dalam beberapa ketika sahaja penuhlah kereta-kereta yang patern dia kita boleh tau mereka itu longkai atau tonto. Ada yang datang dan buat double park. Makin lama makin ramai, maka dengan kemeriahan itu, trafik makin perlahan dan jalan makin jem.

Ya, mereka cari makan. Aku tak kisah. Tapi perbuatan mereka memperdayakan mangsa sangatlah tidak bertanggungjawab. Mereka yang sedang trauma dan terkejut mungkin terlupa apa yang patut mereka lakukan.

Aku cuba buat rakaman setiap apa yang berlaku di sana. Apa-apa jadi aku boleh serahkan rakaman aku. Tiba-tiba 2 orang Cina longkai yang masih muda sound aku kenapa aku merakam.

Aku tanya dia balik, kenapa tak boleh rakam? Dia terpekik-pekik nak tunjuk gangsta. Oh, patutlah orang kata longkai atau tonto ni samseng dan gangsta. Ada aku kisah? Nak je aku tekan button live di Facebook.

Rupanya mereka begitu takut dengan camera. Seorang longkai talibarut berbangsa Melayu kasitau aku yang mereka tak suka dirakam. Mereka ingat aku juga longkai dari team lain.

Oh, rupanya berebut customer lah ni! Diorang taktau aku ni boss SCRUT. Dah aku nak rebut customer buat apa. Mungkin lepas ni aku kena kempen, sebelum sign terima kereta dah siap repair nanti, bawa ke Scrut Auto untuk buat inspection. Kalau elok, baru sign ya!

Yang paling lawak, ada longkai Melayu gemuk ni seboleh-boleh nak control mangsa kemalangan. Takut aku nak rampas customer dia kot. Seboleh-boleh dia ikut aku explain kepada akak ni suruh terus buat laporan polis.

Ada seorang longkai Melayu dari team lain pula menyamar jadi anggota polis. Bila diminta kad kuasa, dia taknak tunjuk. Tapi akhirnya, aku lihat team dia datang angkat motosikal yang kemalangan naik trak dia. Aduhai!

Cina longkai 2 orang yang aku sound tu, terus panggil kawan-kawan dia untuk meramaikan majlis. Maka jalan makin sesak disebabkan kehadiran kereta-kereta longkai-longkai lain.

Mungkin dia nak tunjuk kepada aku yang mereka gangsta dan ramai gang. Ah, ada aku kisah. Aku terus berada di situ sampai polis tiba.

Polis trafik yang hadir pun dilihat membiarkan sahaja longkai-longkai berkeliaran dan berpeleseran di situ yang natijahnya jalan menjadi lebih sesak.

Aku nak mengingatkan semua orang yang membaca tulisan ini supaya mengambil maklum apa yang patut kita lakukan jika kemalangan berlaku terhadap kita.

1. Jangan sign apa-apa surat yang diberikan oleh mana-mana orang yang konon nak membantu.
2. Terus call polis dan call pihak takaful/insurance anda.
3. Rakam segala yang berlaku ditempat kejadian.
4. Jangan percaya mana-mana orang yang konon nak membantu.
5. Kalau kenderaan boleh jalan, terus ke balai polis terdekat dan buat laporan polis.

Buat mereka yang ingin membantu, bagi nasihat yang betul kepada mangsa kemalangan. Buat panggilan polis dan ambulans. Rakam segala kejadian dan mereka-mereka yang terlibat.

Aku cadangkan since longkai-tonto ni takut dengan camera, korang buat je terus social media live supaya mereka behave sikit. Aku harap orang awam berhenti dan tolong mangsa. Jangan biarkan longkai-tonto ni memberi tekanan dan memperdayakan mangsa kemalangan dengan jumlah mereka yang ramai.

Akhir sekali, kerajaan patut mewujudkan lesen/permit kepada pekerjaan longkai-tonto sebagaimana penarik kereta. Biarlah mereka bekerja secara profesional, ada asas bantuan kecemasan dan nilai akhlak yang terpuji. Bukan membawa imej gangsta dan samseng.

Aku share sini sebahagian gambar kereta-kereta longkai-longkai. Mana tau mangsa-mangsa tertipu ke nanti. Aku dah kasi no aku dekat mangsa-mangsa, kalau perlukan semua rakaman, boleh hubungi aku. Yang penting, sebelum nak beli kereta second-hand, used car atau terpakai, make sure la #SCRUTdulu. Takut-takut taktau terbeli kereta-kereta accident yang bengkel-bengkel longkai-tonto ni yang buat.

Ps : Sebelum aku nak balik, tiba-tiba ada satu kereta berhenti tengah jalan dan muntah. Nasiblah takda orang lain yang nyondol dari belakang!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.