Semoga Ahmad Fairuz bin Saad (Ahmad Fairuz Saad) Membuktikan Gua Seorang Scammer di Mahkamah Tinggi.

S

Semoga Ahmad Fairuz bin Saad (Ahmad Fairuz Saad) Membuktikan Gua Seorang Scammer di Mahkamah Tinggi.

Lawyer gua sudah menyiapkan LOD untuk dia. Gua harap dan rasanya ramai kawan-kawan dia juga harap apa yang dia tuduh gua, kata kat gua adalah sebuah kebenaran.

Gua mengharapkan nanti. Apabila LOD itu diterima. Dia akan menjawab yang dia akan membuktikan segala dakwaan tuduhan dia kat gua adalah benar di hadapan hakim mahkamah tinggi nanti.

Jika dia cuba mengelak atau berdalih, ketahuilah yang dia ialah seorang fasik, pendusta (scammer) dan munafik tegar yang menunggang kalam Allah dan kalam Nabi atas nama manhaj salaful soleh.

Kata tuhan dalam Quran yang gua imani,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Kata Nabi dalam hadith yang hasan,

الْبَيِّنَةُ عَلَـى الْـمُدَّعِيْ ، وَالْيَمِيْنُ عَلَـى مَنْ أَنْكَرَ

Bukti ke atas pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkarinya. [HR Baihaqi dari Ibn Abbas]

Kemudian, kata Nabi lagi,

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dikatakan pendusta jika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar” [HR. Muslim]

Bahkan Nabi mengancam,

وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

“Sesungguhnya kedustaan akan membawa kepada keburukan dan sesungguhnya keburukan akan membawa kepada api neraka. Dan sesungguhnya seseorang jika dia berdusta dan membiasakan dirinya berdusta maka akan ditulis disisi Allah bahwa dia adalah pendusta besar.” [HR. Bukhari Muslim]

Sudah pasti di ruang yang terhad ini dia tidak mampu membuktikan segala tuduhan dakwaan dia terhadap gua. Tiada siapa yang boleh mengadili. Maka, pasti di hadapan hakim mahkamah tinggi nanti dia akan kata,

“Ya, benar yang arif, Ahmad Aliff atau Abu Fedora ialah seorang scammer yang telah menipu dan merugikan ramai orang..”

Pertama, dia telah menipu Fulan bin Fulan sebanyak sekian-sekian, buktinya ini.

Kedua, dia juga telah membuat seorang pelabur bernama Daud bin Totoni rugi sebanyak 1 juta, ini buktinya.

Dan seterusnya. Sampai hakim kata dakwaan dia benar, dan gua adalah seorang scammer.

Mana mungkin seorang yang bermanhaj salaful soleh seorang pendusta, fasik dan munafik tegar. Mohon kawan-kawan dia suap segala informasi untuk membuktikan gua ialah seorang scammer.

Jika benar gua seorang scammer, semoga dia berjaya membuktikan gua seorang scammer nanti. Di sini, gua masih menanti orang yang kononnya gua scam menuntut apa-apa kerugian. Hingga kini tiada yang muncul.

Ayuh Ahmad Fairuz bin Saad, takkan dengan sekeping kertas saja sudah takut?! Buktikan gua seorang scammer di mahkamah nanti! Tulis nama penuh gua dan no IC gua untuk terus menerus menuduh gua. Takut apa kalau berada atas manhaj kebenaran.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.