KORBAN – 1 BAHAGIAN 1 ORANG ATAU 1 BAHAGIAN 1 KELUARGA?

K

Tahun ini raya aku tak keluar ke mana-mana sebab satu family aku kena flu. Jadi aku hanya support sahaja program-program korban yang aku percaya.

Aku masuklah beberapa bahagian korban di kawasan locality aku, parents aku, dan sahabat karkun aku di Burma. So, aku bahagikan 3-2-2. 3 bahagian locality aku, 2 bahagian locality parents aku, 2 bahagian di Burma.

Biasa aku akan sebut daripada keluarga Aliff dan keluarga Shariffuddin. Takda aku nak bagi nama secara details. Allah tahu niat aku dan takda dalam sunnah nak kena sebut nama sorang-sorang pesan dekat haiwan korban tu. Semuanya adalah kerana niat sahaja.

Keluarga aku tu termasuklah, aku, isteri-isteri, anak-anak, dan mereka-mereka di bawah tanggungan aku. Perkara ini simple sahaja.

Cuma tahun ini, seorang AJK baru beriya-iya minta aku kasi list nama. Dia cakap 1 bahagian 1 nama sahaja. Maka, aku pun bagi dia tazkirah free je pasal pembahagian korban ni. Aku mulakan dengan soalan,
“Tuan mazhab syafie kan?”

Beginilah. Memang terdapat perbezaan pandangan adakah 1 bahagian untuk seorang sahaja atau untuk 1 keluarga?

Hadis utama yang digunakan adalah dari Jabir RA:

‎خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُهِلِّينَ بِالْحَجِّ: «فَأَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ، كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ
Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji lalu Baginda menyuruh kami bersekutu dalam menyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang.
[HR Muslim (1318)]

Aku sangat setuju, jika berkemampuan, seorang satu bahagian adalah yang terbaik!

Hal ini disepakati oleh keseluruhan mazhab utama dalam Islam.

Tetapi di sana masih ada hadis dari Aisyah RA, katanya, Rasulullah SAW berkorban dua ekor kibasy dan bersabda:
‎بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.
[HR Muslim (1967)]

Berkata Imam al-Nawawi :
“Ulama berpandukan hadis ini bagi membenarkan ibadah korban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”
[Rujuk al-Minhaj (1967)]

Berkata Imam al-Khatib al-Syarbini:
“Jika seseorang itu berkorban dengan menyembelihnya (kambing) dari dirinya dan dari keluarganya, atau dari dirinya dan orang lain bersekutu pada pahalanya, maka dibenarkan.”
[Rujuk Al-Iqna’ (2/567)]

Maka jelaslah, dalam mazhab Syafie, dibenarkan 1 bahagian untuk 1 keluarga bersandarkan hadis Aisyah di atas. Aku teringat dulu, masa zaman jahiliyah, bagaimana keluarga aku, nenek aku yang miskin tertipu dengan oleh orang masjid dengan fiqh yang sempit.

Mereka hanya menjual 1 bahagian untuk 1 orang. Jadi nenek aku akan rotate anak-anak dia setiap tahun seorang. Samalah apa yang mak aku buat selepas itu. Walhal jika mereka benar-benar penganut ajaran mazhab syafie, perkara itu tidak patut berlaku.

Aku melihat trend menjual bahagian korban di luar negara juga seoalah-olah “memaksa” 1 bahagian 1 nama sahaja. Ya, aku faham ia bisnes. Itulah kaedahnya.

Tapi, jika kita ada ilmu, semua taktik dan teknik penjualan agama menggunakan dalil agama dapat kita patahkan dengan senyuman ragamu.

Islam itu mudah. Ia tidak memberatkan. Tetapi tidak juga boleh dipermudah-mudahkan.

😉

ps : Ada pandangan niat 1 keluarga boleh, tapi masuk bahagian kena 1 nama, pahala nanti share 1 keluarga. Aku masih tak boleh terima logik ini. Apa pun, ia sekadar salah 1 daripada banyak pandangan. Tulis nama dan baca dekat lembu tu pun bukanlah sunnah. Niat kita adalah, kita dengan Allah.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.