HUKUM KORBAN NI KAN SUNAT SAHAJA?

H

Ramai lebai-lebai cari makan dengan agama butthurt kerana aku mempopularkan pandangan boleh niatkan 1 keluarga untuk 1 bahagian korban.

Kenapa?
Mungkin diorang ada affiliate kot. Biasalah lebai-lebai ni cari makan dengan apa selain menjual dan menunggang agama? Mungkin ada komisen promote korban kot. Or kawan-kawan dia bikin itu bisnes.

Mereka nak juga aku kata pandangan letak satu nama satu bahagian tapi boleh niat 1 keluarga.

Apa beza kau letak 1 nama ke 10 nama tapi hakikatnya niat korban kau untuk seluruh ahli keluarga kau? Ia sekadar dokumentasi atau sebutan sahaja.

Akhirnya, yang dikira melalui niat ke borang yang kau isi? Agak lawak pandangan dibenarkan diniatkan tapi tak dibenarkan dimasukkan dalam bahagian. Pahala boleh share juga.

Apa pun, siapa nak ikut pandangan lebai-lebai tu pun takda effect apa pun. Korang park jela nama sesiapa korang nak park atas urusan dokumentasi. At the end, Allah tahu niat korang.

Yang penting, korang dah tau. 1 bahagian boleh diniatkan untuk 1 keluarga. Bukan 1 bahagian wajib diniatkan untuk seorang penama sahaja seperti yang kita tahu selama ini.

Tapi, yang baik tetap 1 nama 1 bahagian. Yang terbaik tetap haiwan korban yang terbaik dan yang paling baik adalah keikhlasan kita. Yang paling penting, elakkan diri dari kena scam dengan lebai-lebai affiliator korban dan akikah.

Aku sampai ada terbaca di komen yang sebuah tempat di Sarawak sampai takda orang nak korban. Hanya 3 ekor kambing sahaja dek kerana lebai-lebai duk kempen korban murah 1 nama 1 bahagian di luar negara.

Siapa nak terus percaya lebai sentiasa betul 100% tanpa berfikir dan menilai logik, silakan. Siapa yang nak berfikir sebelum percaya lebai, korang bersama aku.

Hukum korban ni kan sunat je. Bukanlah fardhu yang punya rukun-rukun yang rigid. Kenapa lebai-lebai kepanasan apabila pandangan yang tak mesra bisnes tunggang agama dipopularkan?

😜

ps : Cuba korang scroll wall diorang, ada promote korban/akikah tak? 😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.