KIRA-KIRA BODOH KOS OPERASI 1 HOTEL BOUTIQUE

K

Aku tanya seorang kawan yang ada buat 2 biji hotel budget, dia kata,
“Minimum operation hotel bajet ni kau kena ada at least RM30,000 sebulan. Itu modal paling rendah dan kau tak ambil gaji lagi..”

Let say-lah kau ada 50 biji hotel bajet, kau berjaya dapat RM30,000 sebulan, sales kau baru RM1.5 juta tau. Itu kalau RM30,000 tau! Ada yang sebulan RM45,000 dan RM60,000.

Tapi kalau kau ada 100 hotel, tapi total sales kau sebulan RM1.5M je. Aku taktau macam mana kau nak cover cost kau dan sampai bila kau boleh sustain.

Tapi kalau kau pakai duit collect daripada orang awam atas nama pre-IPOH atau kau pakai duit NGO. Company rugi pun kau boleh lanyak sampai lunyailah kan?

Ini yang kata orang Kampung Raja Uda,
“Meniaga kalau tak keluar duit sendiri, memang dia takkan appreciate duit tu. Ibarat monyet dapat bunga. Bagai kera makan durian.”

Zaman sekarang ni, kita susah nak menipu dah. Akan ada orang bijak pandai akan tolong check dan semak. SCRUT for the TRUTH. Ada SSM, ada Interepo (www.interepo.com).

Kita mungkin boleh goreng apa saja. Tapi lambat laun orang akan tau. Dan bubble yang makin besar akan due untuk meletup!

Aku bagi peringatan dan awareness untuk orang nak berfikir. Ia logik dan common sense. Tapi takpalah. Dulu masa kes Tok Belagak pun, aku dengar suara-suara sama kepada aku dan rakan-rakan yang memberi peringatan.

“Inilah Melayu yang dengki Melayu!”
“Inilah Melayu yang taknak tengok Melayu lain maju.”
“Hentikanlah, orang ini telah buat ramai jadi kaya.”
“Orang ini telah menyediakan peluang pekerjaaan yang banyak untuk anak kita..”

Skrip seperti ini akan terus diulang-ulang dan akan berulang-ulang pada setiap kecurangan yang berlaku. Ketika mereka belum sedar. Aku tak pelik.

Sebab masih ada yang percaya orang yang pernah menghina Nabi, percaya adik Bella cederakan diri sendiri, jadi pengikut Haji Kahar dan Ayah Pin. Ini pula orang yang tunjuk kaya dan baik.

Perkara ini depends dekat kita. Sama ada kita kritikal, kritis, IQ ok, #MindaSkeptikal dan #EvidenceBased atau tidak. Itu sahaja!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.