SIAPA ORANG YANG ‘ALIM DAN FAQIH?

S

Sebenarnya aku boleh tahu seseorang ‘alim dan faqih melalui penulisannya, apabila dia mengajar, berdebat dan bersoal jawab.

Syaikh Abdul Karim Zaidan ada menggariskan syarat seseorang itu untuk menjadi ‘alim dan faqih.
1. Penguasaan ‘ulum al-Quran. Dia tahu nasikh mansukh, asbabul nuzul, qiraat dan tafsir. Telah membaca kebanyakan kitab-kitab tafsir yang muktabar.
2. Menguasai ilmu hadis. Dia boleh takhrij hadis dengan baik. Telah melalui daurah hadis dan membaca syarah-syariah hadis yang muktabar.
3. Bahasa Arab dengan nahu, sarf, dan balaghah.
4. Ilmu usul fiqh dengan kaedah istinbat hukum dari dalil-dalil. Kitab-kitab usul seperti al-Mustasfa Imam al-Ghazali, Mukhtasar al-Muzani dan al-Risalah Imam As-Syafie paling kurang mesti dikuasai.
5. Ijma’ dan khilaf. Menguasai juga usul mazhab-mazhab lain dan pandangan-pandangannya.

Aku boleh senaraikan kitab-kitab yang dia kena kuasai. Biasanya kalau dia kuasai, kita dapat merasai keilmuannya.

Semalam ada budak UIA call aku, dia cerita pasal LLB Syariah dan MA Syariah di UIA tu tak capai level nak jadi ahli fiqh pun. Dengan Bahasa Arab pun bersepah. Mustalah hadis tak belajar habis. Guane nak jadi ahlinya?

Dia kasitau di UIA menggunakan kitab al-Madkhal Syaikh Abdul Karim Zaidan sebagai text book usul fiqh. Untuk pengetahuan korang, kitab al-Madkhal ni sangat beginner.

Betul ke?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.