PENJILAT FASHION VALET DAH SENTOT TERUK KE TU?

P

Kesian budak ni. Koyak habis. Kalau korang nak tau mamat ni dah sentot habis. Dia dah takda hujah nak defend Fashion Valet dia cerita pasal aku. Nak justify kerugian Fashion Valet sama macam Ifcon Technology? Thanks-lah bagi aku content pagi ni nak tulis apa. Bolehlah aku cerita apa Ifcon Technology buat.

Dia sendiri pun dah jawab, aku tak guna dan tak kutip duit kerajaan atau dana kerajaan. Aku takda investor bernama Khazanah dan PNB yang mewakili rakyat Malaysia. Jadi, aku nak buat rugi ke, aku nak cashout ke, apa masalah? Aku yang rugi, dia yang panas.

Jadi kerugian aku tak menjejaskan apa-apa terhadap rakyat. Kerugian itu adalah kerugian yang aku buat kerana aku takda tanggungjawab terhadap stakeholder lain. Selain itu cost SCRUT naik turun court membela nasib pengguna yang ditipu kapitalis jahat kereta recond juga Ifcon Technology yang bayar.

Ifcon Technology ni company aku yang paling tua, memang company yang disusun untuk rugi. Sebab dia buat servis dan R&D. Ifcon Technology ni software house dan IT firm. Stake holder hanya aku dan Nik Izwan Kamel. Ya, partner aku anak dato, tapi bapa dia dah tak zaman gemilang dah masa kami berniaga. Yang kayanya aku, aku yang bawa balik berjuta-juta daripada Australia untuk invest macam-macam. Sebab tu LHDN kacau aku saja. Masa balik jela kaya, la ni tak kaya dah. Axia Kompang je.

Selama 1 tahun lebih ni, kami tengah invest hampir RM500k untuk bangunkan SCRUT Ai untuk car damage self inspection using mobile phone. Itu pun Ifcon Technology yang tanggung. Takda geran, takda PNB, takda Khazanah. Tak jilat siapa-siapa. Pre-IPO pun takda. Barulah nak cuba-cuba apply, itu pun tak isi lagi form. Itu pun selepas 99% dah berjalan baru nak apply.

Gaji kami ambil pun besar, warrior-warrior yang bekerja di sana pun gaji tak kecil, dengan dapat privillage kereta dan macam-macam elaun. Lagi satu, kami bayar management fee ke company kami di Indonesia juga. Ifcon Technology is really cost company.

Tentang SCRUT, ia product daripada Ifcon Technology. Kalau SCRUT berdiri di atas kaki sendiri sahaja, ia akan untung melampau-melampau pula nanti. Daripada bayar cukai, baik invest lagi. Baik bela warrior-warrior di pejabat tu.

Jangan lupa, ketika SCRUT viral, kami berikan geran kami sendiri. #SCRUTforSTARTUP dan invest ke dalam startup-startup yang kami support. Selain itu, segala cash handout daripada #SCRUTforMarhaen ketika pandemic tahun-tahun lalu adalah duit Ifcon Technology. Blockchain Lab dan geran kajian blockchain technology di UM juga duit daripada Ifcon Technology.

Tapi tahun-tahun lepas teruntung banyak pula. Itu yang tak submit audit lagi. Tengah fikir apa lagi kos yang Ifcon Technology dah spend. Malas nak bayar LHDN banyak-banyak. Maklumlah, aku kan penentang no 1 LHDN.

Ohya, Ifcon Technology telah bangunkan Scrut Auto di Jalan Ampang juga. Kami dah spend hampir RM1.5m untuk bangunkan tempat tu. Boleh la pergi tengok. Duit sendiri ya! Bukan duit Khazanah, PNB atau pun mana-mana geran kerajaan. Tak pernah pergi event jilat-jilat.

Tentang Fashion Valet tu, nanti aku cerita deep sikitlah. Budak koyak ni tak study habis. Dia penjilat saja. Aku follow annual report Fashion Valet dan 30 Maple tu dari mula, dari syarikat ayah dia lagi. Aku dah jumpa macam-macam benda, nanti boleh suruh dia tolong justify.

Interepo pula asalnya aku buat untuk diri aku, sebab aku lemas dengan SSM punya web yang sedia ada. Aku dah bagitau boleh SCRUT di SSM atau di Interepo. Aku buat Interepo untuk mudahkan dan mendidik masyarakat je. Supaya lepas tu diorang boleh buat sendiri. Siapa nak pakai, bayarlah. Memang aku yang suruh buat mahal sikit pun. Buat duit kopi je kalau untung.

Sebenarnya, aku takda niat nak buat apa-apa marketing pun sangat. Wall aku, aku punya suka. Niatnya adalah nak masyarakat bijak dan pandai menilai rupa dan paras sebenar seseorang melalui data dan fakta. Boleh SCRUT sendiri. Itu saja. Tapi kalau nak kata aku buat marketing pun ok saja.

Dengan marketing inilah aku melawan LHDN, aku fight untuk adik Bella dan #JusticeForBella, aku sampaikan kebenaran tentang korupsi NGO, dan macam-macam lagi aku dah bangkitkan awareness. Aku tak buat marketing menjilat kapitalis yang merompak dana dan duit rakyat macam budak koyak ni. Aku tak jadi popular dengan menjilat. Mungkin ada orang nak jadi popular dengan jadi anti-Aliff Ahmad dan membela kebejatan sang kapitalis jahat perosak negara yang aku tentang.

Apa kata tengok Ifmal pula? Itu startup yang aku bangunkan dengan mazhab profit based. Cubalah check dari mula sampai latest. Ok tak? Company takda dana atau geran tau. Merangkak-rangkak nak survive. Kesian dia. Thanks-lah nak support.

Tapi, elok guna duit tu auditlah dulu Safari Tech tu. Sampai la ni tak audit, tahun 2022 dah ni. Takkan sebab busy hadir event-event jilat nak dapat geran sampai audit tak sempat. Pumpang-pumpang gebang pasal syarikat dan business, business sendiri takda reputation ke? Setakat jadi macai company Jepang?

Untuk pengetahuan korang, budak koyak ni membela Fashion Valet sebab dia memang mazhab jilat. Mazhab cari geran. Mazhab event. Itu sebab dia cuba pertahankan Fashion Valet. Aku percaya dia tahu, semua itu permainan cash out yang dia pun plan nak buat.

“Birds with the same feather flock together.”

Untuk pengetahuan korang semua lagi, sekali pun syarikat-syarikat yang mamat ni own/miliki tak audit dan belum audit lagi. Korang boleh fikirlah sendiri credibility dia nak sembang pasal business..

Update : Dia ni Mat Geran juga. Rujuk :
https://www.facebook.com/100032470011946/posts/718909682534692/?d=n

😜

Iklan marketing – Free shipping di www.ifmal.com sehingga 31/7/2022.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.