Korang nak gelak ke nak maki sibodo ni?
Begini, aku ceritakan.
Boy Iman, Tok Belagak, dan Ustaz Norsham juga ketika di ambang “kesontotan” berjanji akan refund semua wang pelabur dan pembeli yang datang menuntut. Refund penuh tau, bukan separuh.
Swiss Cash juga refund duit investor setelah diarahkan SC dan BNM kalau tak silap. Maka setelah Swiss Cash refund, maka Swiss Cash bukan scam dah?
Mungkin semua mereka di atas ini tidak menetapkan refund policy mereka secara bertulis barangkali. Mungkin sebab itu Mat Lod bin Mat Itik mendabik dada konon nampak dia bukan scammer.
Tapi, jika kita menelusuri apa yang diperkatakan dalam tulisan di bawah ini, kita akan mendapati perjanjian atau kontrak ini tidak profesional dan seakan-akan money game. Berat sebelah sudah pasti!
Biar aku cuba membuka minda kalian. Kontrak itu dikatakan, apabila gagal, pihak Mat Lod bin Mat Itik akan refund sebanyak 50% daripada jumlah pelaburan. Dengan syarat tidak buat kenyataan di media sosial, buat ugutan dan kekasaran.
Contoh, jika kau invest dengan Pakcik Mat Lod bin Mat Itik sebanyak RM1000, kau akan dapat balik RM500 jika projek gagal. Konon macam jaminan modal 50%. Dan akan dibayar selepas beberapa masa projek diisytihar gagal.
Sebenarnya jaminan balik 50% inilah bukti wujudnya elemen money game dan scam. Elemen janji tanpa apa-apa peruntukan undang-undang. Lainlah macam Tabung Haji. Ada akta Tabung Haji yang menjanjikan setiap pelaburan dijamin kerajaan.
Bank-bank yang ada PIDM dan di bawah akta BNM. Pelaburan 50% refund jangan kecoh-kecoh ni ada dapat keizinan siapa? SC? ROS? Aku bagi contoh sikit. Maklumlah, follower Mat Lod bin Mat Itik ni kebanyakannya low IQ. Sama macam follower Tok Belagak dulu.
Teknik refund 50% ini adalah seakan-akan scam dan money game adalah kerana Mat Lod bin Mat Itik tidak perlu buat pun projek tersebut. Declare gagal, then dia terus boleh sauk lagi 50%. Siapa bising, sesen pun kau tak dapat!
Contoh :
Mat Lod bin Mat Itik buat satu program refund 50% tu. Dia berjaya collect let say-lah RM100,000. Dia ambil siap-siap RM50,000 sebab kalau gagal, dia hanya perlu refund 50% sahaja. Lagi RM50,000 tu dia buatlah projek. Bila tersontot dia pulanglah RM50,000 yang dia dah simpan. Dalam tu dia dah ambil komisen ke, gaji ke, elaun ke. Kan? Siapa tau?
Ada yang lagi jahat, dia langsung tak buat projek tu. Lepas beberapa tempoh logik, dia kata gagal. Dia ambil RM50K, dia return balik. Dia dapat free-free je RM50K which 50% tadi. Itulah cara tauke skim 50% ni buat duit. Lepas tu dia gebang,
“Mana ada skim cepat kaya dalam dunia ni buat refund!”
Faham dah?
Kemudian dia control segala-galanya. Nak refund pun ikut dia bila nak buat. Siapa bising dia taknak refund. Walhal dia dah start senyap, tak respond, dan tak bayar. Mungkin itulah sebab mangsa-mangsa ni contact aku. Kasi aku segala maklumat. Reban tak buat, haiwan tak beli. Alih-alih gagal. Itulah yang mangsa-mangsa bunyi.
Lepas tu meroyan nak lawan dekat mahkamah dan nak ambil tindakan undang-undang. Kau nak bayar balik duit orang pun sendu, tapi berani ugut balik nak ambil tindakan mahkamah? Kau ada duit ke tak? Kalau ada duit, bayar balik full la!
Alasan-alasan cliche ni korang biasalah dengar. Bagi masa, itulah inilah. Tapi bukan nak pergi kerja. Masih collect duit dengan NGO, buat amal pakai duit orang. Kemudian, masih bongkak nak kacau-kacau aku. Itu yang aku suruh bayar dulu la duit orang tu.
Anyway, dalam petak kuning tu ada cerita pasal renovation, jual kereta, dan main saham. Itu contoh ya. Jika orang sembang main saham tapi bagi alasan covid, korang kena taulah itu alasan atau dia memang sibodo. Tapi memang asasnya orang main saham ni rugi je.
Awal covid dulu kan bullrun? Itu yang sampai DDNK punya fund dapat sampai 80%, ramai double up their investmet masa tahun 2020. Takkan belajar dengan Cip Naguib pun tersontot? Salahkan covid? Tapi berani tulis main saham ya!
Renovation dan jual kereta? Alahai, kalau dah sibuk ejek orang troll orang, memanglah takda sales. Lepas PKP ni, orang jual kereta masyuk kot, kereta shortage, kontraktor pun hot item sebab orang kurang. Kenapa dia tak boleh recover lagi hari ini? Sampai pelabur-pelabur meroyan. Selama ni broker je? Atau business pakai NGO?
Jadi, korang nak percaya ke orang yang tak kerja, takda pendapatan tetap, dan takda business yang solid collect pelaburan? Lepas dah tersontot, dia kata,
“TIADA MANA-MANA PROJEK SCAM DI DUNIA INI BUAT REFUND!”
All yours!