Bila orang request aku SCRUT lebai, biasanya aku akan dapat request SCRUT politician daripada taasuber lebai. Memang trend ke politikus akan jadi buffer untuk menyelamatkan kaum lebai penunggang agama?
Rasanya kalau orang yang follow aku, tau aku pernah mengkritik ramai je politikus. Lagi satu ikut suka akulah nak SCRUT siapa. Pendirian aku, lebai jauh lebih bahaya daripada politikus.
Kenapa?
Politikus memang dah maaruf mereka ini penipu, jahat dan penyamun. Jadi tak payah SCRUT pun dah selesai. Sudah siap sedia usul sekian lama iaitu,
“Asal politikus itu penipu dan pengkhianat melainkan dibuktikan sebaliknya.”
Hal ini diambil daripada kalam salaf yang berdoa,
“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik.”
Lihat betapa salaf menyamakan politik setaraf dengan syaitan. Lagi, dalam sebuah hadis yang sahih, disebutkan,
من أتى باب السلطان افتتن
Barang siapa yang mendekati pintu penguasa, maka ia akan terfitnah.
Lihat betapa Nabi SAW telah memberitahu betapa mereka yang cuba bermain politik pasti akan tefitnah. Jelaslah ia secara asalnya bukanlah perkara atau perbuatan yang baik.
Tetapi lebai-lebai yang berlakon baik selama ini, tidak pernah bekerja, hanya menjual agama, buat amal menggunakan duit derma orang awam, tetapi hakikatnya seorang pervert, scammer dan perogol.
Baru-baru ini seorang mudir sekolah tahfiz yang kaya raya kerana ceramah korporat, tv dan derma sekolah tahfiz di tahan reman kerana merogol remaja bawah umur. Walhal sudah ada 3 isteri pada usia baru 30 tahun!
Seorang penceramah bebas yang ada video capmelan telah didakwa di mahkamah kerana melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang. Dia buat business apa pun tak berapa clear. Telah dibuktikan dia menipu dan memutar belitkan fakta selama ini.
Jika hendak disenaraikan lebai-lebai yang bermasalah, memang terlalu ramai. Tetapi adakah kita mempunyai persepsi terhadap kaum lebai dan ustaz sama seperti politikus? Tidak bukan? Aku lainlah. Aku lagi skeptikal dengan lebai dan ustaz daripada politikus.
Itu sebab mereka-mereka yang cuba mencari makan dengan menjual dan menunggang agama menggunakan title ustaz seperti Ustaz Ebit Lew, Ustaz Lariba, Ustaz Tido dan macam-macam lagi ustaz, aku memang pangkah awal-awal. Walhal mereka sebenarnya bukan seorang ustaz yang benar.
Aku berpandangan kaum lebai-lebai dan ustaz-ustaz jauh lebih bahaya yang perlu kepada usul baru iaitu,
“asal kaum lebai itu tidak boleh dipercayai, melainkan dibuktikan sebaliknya.”
Jika asatizah real pun kita patut skeptikal, ini pula psuedo ustaz seperti Ebit Lew, Lariba, dan Tido. Betul tak?
Dalam Quran, jelas Allah mencela sesetengah ulama’ ibarat anjing dan keldai. Ini pula lebai-lebai biasa dan psuedo ustaz.
Jika kita menggunakan teori yang sama, kenapa lebai-lebai yang tunggang dan menjual agama ini tidak berani mengkritik politikus? Kenapa? Sebab diorang di-backup politikus? Diorang ada cuci duit politikus dalam NGO, Yayasan atau madrasah diorang?
Korang rasa lebai dengan politikus mana lagi bahaya? Aku pilih lebai lagi bahaya since politikus memang kita dah tau dari awal tak boleh percaya. Lebai ni, kalau lawan nanti masuk neraka katanya..