KENAPA JENAYAH INTEGRITI TIDAK BOLEH DIKOMPROMI?

K

Di dalam kultus-kultus projek pembodohan, mareka akan memberikan beberapa justification atau fair comment terhadap penipuan-penipuan yang dibuat oleh ketua-ketua kultus.

Mereka akan mendiamkan kesalahan-kesalahan ketua-ketua kultus dan akan menyerongkan pertahanan terhadap ketua-ketua kultus kepada beberapa justifikasi seperti berikut :
1. Walaupun dia penipu. Tapi ilmunya bermanfaat.
2. Walaupun dia penyamun. Tapi dia dah banyak tolong orang susah.
3. Walaupun dia scammer. Tapi ramai anak murid dia yang jadi jutawan, bayar zakat dan cukai.

Budaya ini sebenarnya berlaku di dalam industri politik. Seorang politikus warlord yang menyamun masih boleh diterima oleh kultus partinya dengan alasan warlord itu walaupun menyamun, dia masih tolong rakyat dan share dengan anak-anak buahnya.

Mudir tahfiz yang pedofelia dan meliwat didiamkan ibu ayah mangsa kerana konon jasa mudir Quran mengajar Quran selama ini sangat besar. Semua itu setela ibu bapa pelajar lain termasuk ustaz-ustaz lain memberikan nasihat seakan itu. Kata mereka jin yang sampuk mudir itu. Ya, jin disalahkan.

Budaya cancel kesalahan ini memang berlaku di dalam kultus ajaran sesat. Ya, ajaran sesat adalah kultus yang akan memaafkan, menafikan dan memberi justifikasi sangkaan baik kepada guru mereka. Sehingga anak dan isteri mereka boleh diberikan kepada guru kultus. Alasan sama, dia banyak tolong anak-anak murid. Jasanya banyak. Ilmunya padat. Kalau tersalah, itu kesalahan sebagai manusia.

Kan? Pernah dengar?

Begitulah budaya kultus ini membarah. Lihat sahaja politikus-politikus yang membeli sijil di bogus universiti seperti Aziz Rahim Mamak, Zuraida Mak Lampir, Marzuki PPBM, Osman Sapian MB PPBM dan Paul Yong DAP. Mereka masih diterima sebahagian rakyat atas alasan jasa?

Menipu CV untuk mendapatkan penghormatan seperti Lim Guan Eng mengaku chartered accountant tetapi bukan, Jalil Rashid tipu CV untuk dapat jadi CEO PNB yang kantoi dan banyak lagi. Mereka masih diangkat dan diterima.

Sudah pasti kultus Azizan Osman akan setuju dengan kultus-kultus lain kerana manhaj mereka sama. Ada jasa, ada ilmu dan ketua kultus kaya. So kira ok kan? Tak kisahlah penipu atau penyamun?

Ibarat dajjal nanti datang, ada kultus dajjal juga. Kerana jasa dajjal yang menghidup tanah yang gersang, menghidupkan mak ayah kita yang sudah meninggal dunia, dan memberikan syurga. Itu jasa juga. Dosanya menipu itu kita maafkan. Boleh?

Tetapi dalam sejarah Islam, masalah integriti tiada kemaafan. Perawi-perawi hadis palsu direkodkan nama mereka sehingga hari ini dengan pelbagai panggilan yang jelek. Ahli-ahli bidaah ditulis nama mereka di dalam kitab supaya menjadi pengajaran kepada kita di masa akan datang.

Sebagai contoh, seorang ahli Quran yang soleh bernama Nuh ibn Abi Maryam telah mencipta fadhilat membaca surah-surah di dalam al-Quran. Apabila dia ditangkap, katanya dia mencipta fadhilat tersebut kerana melihat ramai orang meninggal Quran kerana sibuk dengan fiqh Abu Hanifah dan maghazi Ibn Ishak.

Jika bangsa kultus kebohohan ini ada di sana pada waktu itu, pasti bangsa kultus ini akan berhujah, takpalah, sebab dialah ramai orang kembali kepada Quran. Lagipun dia seorang guru Quran yang banyak jasanya. Anak-anak muridnya ramai yang sudah jadi ulama’.

Tetapi agama Islam tidak boleh terima jenayah integriti. Nuh ibn Abi Maryam dihukum mati dan namanya tercatat sebagai pemalsu hadis sehingga hari ini. Ada yang mengatakan dia telah bertaubat sebelum dihukum mati.

Jenayah integriti tidak boleh dikompromi di dalam Islam walaupun niat baik kerana jika kau boleh tipu RM10 hari ini ketika kau menjaga RM100, kau boleh tipu RM100 juta ketika kau jaga RM1 billion. Jika kau boleh tipu ada PhD untuk dapat jual kelas rahsia tarikh lahir, kau juga boleh tipu ada lebih daripada itu untuk dapat lebih daripada apa yang kau pernah tipu. Segala penyamun white collar menyamun bermula dari kecil, didiamkan kemudian membarah dan membesar.

Tetapi kultus di Malaysia pula lain, dia tidak taubat, tidak insaf, bahkan masih meneruskan penipuannya. Para pengikut kultus akan mempertahankan ibarat pengikut dajjal. Mungkin kerana dia boleh sepentas dengan para habaib di atas pentas sambil menyanyi lagu yahanana untuk mencuci dosa..

Gambar : Mantan VC UM sound Azizan Osman.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.