PHD PALSU DAN KENCING DALAM SWIMMING POOL – SUATU PERBINCANGAN..

P

Tadi Nik Izwan Kamel cerita pasal swimming pool ada banyak bacteria sebab orang kencing. Jadi aku pun terfikir tentang kencing. Kencing ini disamakan dengan tipu. Kan?

Kita semua tahu air dalam swimming pool adalah air 2 kolah. Selagi tidak bertukar bau, warna dan rasa dia masih air mutlak. Boleh digunakan. Even boleh minum.

Setuju?

Tapi kalau kau nampak ada orang pancut depan kau ke dalam swimming pool tu. Adakah kau akan terjun dalam swimming pool tu?

Kalau 1 kali dia pancut depan kau, mungkin kau boleh maafkan. Tunggu kehangatan urine itu tidak dirasai, mungkin kau akan terjun.

Betul?

Tapi kalau 8 kali kau nampak dia pancut depan kau. Adakah kau masih nak terjun dalam pool tersebut?

Itu yang dia pancut depan kau. Yang dia kencing dalam swimming pool yang kau tak nampak. Mungkin lebih daripada 8 kali kan?

Kalau aku, aku tak terjun dah. Kalau tak nampak, takpalah lagi. Tapi kalau dah nampak sampai 6,7,8 kali. Aku rasa too much dah.

Kalau dia dah stop kencing, oklah. Tapi dia keep going kencing. Kencing dan kencing lagi kita secara terbuka, seakan tidak bersalah, tidak berdosa dan tiada rasa malu.

Kan?

So, aku tak boleh brain orang yang boleh percaya kaki kencing ini dengan segala justifikasi budaya cancel kesalahan.

Yang lagi aku tak boleh brain adalah siap banggga terjun dalam kolam kencing tu, dan siap bayar. Lepas tu siap kempen lagi.

Oh my god! Orang pergi belajar ilmu hitam, ambil ilmu diam-diam sudah. Takda declare dia belajar dan umumkan. Unless ada refferal komisen dan mutilevel affiliate komisen.

Begitulah perumpaan mereka yang masih percaya dengan penjenayah integriti. Dia mungkin tak menipu kesemuanya, macam air dalam swimming pool yang dah kena kencing 6,7,8 kali depan kau tu.

Siapa masih nak terjun dalam kolam kencing itu, silakan! Aku tidak, banyak lagi kolam lain aku boleh pergi. Hidup ini ada pilihan, nak pilih kolam integriti, atau kolam kencing. Nak ikut dajjal atau ikut al-Mahdi..

Kalau kau tengok orang yang dah terjun sungguh-sungguh dalam kolam kencing, dia macam ada sakit yang sama. Mungkin disebabkan bacteria dalam kolam tu..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.