Doritos dan Smith

D

Gua dah tinggal di Australia lebih 10 tahun. Telah ramai gua dengar dari kawan-kawan dan kenalan-kenalan gua yang bekerja dengan syarikat Doritos dan Smith. Mereka bukan Melayu, tapi mereka Muslim.

Kesemua mereka tiada masalah dengan SOP yang dijalankan oleh kilang tersebut. Bahkan para masyaikh di Australia yang terkenal dengan ke”syadid”an mereka pun makan dan tiada masalah dengan ingredient keropok2 tersebut.

Tapi hari ini gua dengar 1 dakwaan yang menggemparkan.

1. Tapi takpa, demi meraikan dakwaan beliau dan mengamalkan ajaran tabaiyun, mohon beliau buktikan kilang mana beliau bekerja melalui offer letter syarikat tersebut.

2. Mohon berikan 2 lagi saksi (yang bersedia untuk bersumpah dan terpecaya) atau bukti bergambar atau video SOP mencurah minyak (lemak) babi yang didakwa supaya gua boleh terus menerus tabaiyun dan membantu membongkar kebobrokan syarikat tersebut.

3. Mohon berikan no telefon superior beliau ketika bekerja di sana supaya gua dapat menghubunginya untuk bertanyakan tentang dakwaan tersebut secara terus.

4. Jika beliau tiada bukti atau saksi, Gua mohon beliau untuk bermubahalah sahaja dengan dakwaan tersebut.

Lafaznya mudah saja,

“Wallahi, wa billah, wa tallahi, saya Muhammad Akram pernah bekerja di kilang yang memproses Smith dan Doritos. Saya telah melihat sendiri proses menuangan minyak babi ke atas keropok-keropok tersebut ketika memproses. Saya juga telah memastikan memang minyak tersebut adalah minyak babi. Saya juga telah memastikan itulah keropok-keropok yang dibungkus menjadi jenama Smith dan Doritos yang dijual di seluruh Australia. Jika saya berdusta, laknat Allah ke atas saya.”

Sekian.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.