NAJIB SAAHARI YANG AKU KENALI..

N

Baru-baru ini ada orang pm aku kata dia ada letak duit dengan Najib Saahari dan katanya Najib sudah tak reply dia beberapa hari. Aku taktau betul ke tak. Cumanya kalau dia boleh collect duit orang maksudnya dia dah ada lesen fund manager atau apa-apa license yang membolehkan dia pool duit orang. Jika dah dapat lesen, tahniah!

Tapi tak pernah pula aku perasan dia ada kasitau dia ada syarikat atau company fund manager kan. Yang aku biasa nampak, bila dia jual kelas, dia akan suruh bayar ke Cik Ayu Enterprise which bukan owned by him. Itu menyebabkan aku ada doubt dengan dia. Dalam SCRUT Analytica pun hanya terlihat Scandar Capital Sdn Bhd (boleh scrut di www.interepo.com) yang nampak steady sebab Sdn Bhd kan?

Pasal dia mengajar saham, itu korang boleh rujuk dalam 6 usul #mindaskeptikal. Aku sekali lagi secara terbuka mencabar mana-mana sifu saham yang buat kelas mengajar cara trading saham yang kononnya berjaya untuk aku uji sistem atau method-nya secara terbuka kalau ada berani nak diuji secara profesional.

Tok guru aku cakap, dia willing bagi RM1 juta jika sistem atau method dia dibuktikan menjadi. Kalau tak jadi, bayar kami RM100k untuk masa kami dahlah. Kalau tak nanti ramai pula orang datang nak kami test sesuka hati diorag je. Aku pula akan jual segala harta aku, business aku dan kasi dia trade untuk aku saja. Yang lebih power, aku akan cium dahi dia secara live. Itupun, kalau ada yang beranilah.

Anyway, aku mengenali Najib Saahari ini di Facebook. Ketika itu dia rancak mempertahankan polisi-polisi DS Najib Razak dan mengkritik idea-idea bangang PH. Ketika itu, di profilnya ditulis pernah bekerja dengan Affin Hwang dan bersekolah di Sekolah Sains Selangor kalau tak silap.

Aku pernah mengkritik dia dulu ketika dia mengatakan KLIA Holdings itu milik kerajaan walhal dia tersalah. KLIA Holdings bukan milik kerajaan. Selepas dia terkantoi malu, dia komen di wall aku kata baru sekali menang nak kecoh. Wow! Ketika itu aku rasa mamat ni sangat annoying dan bajet bagus.

Sekali lagi adalah ketika dia mengkritik kripto. Kali ini aku mencabar untuk open debate dengan aku tentang crypto secara live. Tetapi cabaran aku tidak disahut. Ketika itu, abang iparnya ada contact aku cerita pasal kisah silamnya which aku tak minat sebab personal. Bukan style akulah nak serang peribadi orang.

Untuk pengetahuan korang, nama sebenarnya ialah Naguib, bukan Najib. Ketika dia form 4 dan form 5, dia bersekolah di TIKL atau nama formal SM Teknik KL. Aku hairan kenapa dia taknak mengaku dia budak TIKL. Walhal sahabat aku, Nik Izwan pun kenal je dia di sekolah dulu sebab satu batch. Takpalah, mungkin dia malu.

Aku juga telah merujuk kepada seorang kawan di Affin Hwang, dia juga tidak pernah kenal individu bernama Naguib dan kenal wajah individu Najib Saahari di Affin Hwang. Mungkin Naguib bekerja di Affin Hwang cawangan lain kot. Kita baik sangka sajalah.

Dia pernah menghubungi aku untuk buat system autotrade forex. Tapi tak jadi buat. So, aku tahulah dia ni start dengan forex, sama macam apa abang ipar dia cerita. Aku ada juga member yang kenal dia zaman Twitter. Pun cakap si Najib Saahari ni mat forex.

Tahun ini sedang aku melepak dengan Abu Aisy dan Nik Izwan Kamel, dia tegur aku di Publika. Aku tak kenal dia sebab pakai topeng. Lepas dia buka mask pun, aku tak kenal. Kemudian dia kasitau aku dia Najib. Punyalah puas aku fikir Najib mana, rupanya Najib Saahari, itu pun setelah Nik Izwan kata sifu saham tu. Aku pun panggil dia sifu dan ajak dia duduk sembang sekali. Tapi dia minta diri. Itulah kali pertama aku berjumpa dia.

Sekitar tahun 2019,2020 dan 2021, dia aktif buat kelas saham. Ketika itulah nampak dia mula flashing tunjuk kaya. Aku pernahlah nak masuk kelas saham dia dengan Nik Izwan, dia remove-nya komen aku kata nak masuk. Entah kenapalah dia takut sangat aku masuk ke kelas dia. Walhal aku takdalah marah sangat sebab kelas dia murah. Cuma tak sifulah tak bagi aku masuk kelas dia. Taknak aku grill dengan soalan-soalan yang ilmiah dan power kot.

Hari ini ada yang bertanya aku tentang pelaburan IPO Farmfresh yang dibuka oleh Najib Saahari. Katanya tak dapat lagi pulangannya. Kononnya Najib dapat allocation daripada MITI dan ada moratorium 3 bulan. Ikut pengalaman aku yang pernah dapat pink form dan blue form ni, takda pula moratorium, boleh je jual terus even first hours. Takkanlah kita retailer kena tunggu pula sampai 3 bulan, kalau genap 3 bulan harga jatuh tergolek guane?

Anyway, kalau betul dapat allocation dan ada syarat moratorium, dia boleh je tunjuk surat dia dapat tu dan share sahaja. Lagipun surat tu generated daripada web MITI saja selain dihantar ke dalam email. So, bolehlah suruh dia buka email secara live untuk tunjuk statement daripada broker yang saham Farmfresh itu telah dibeli dan tunjukkan jelah surat dapat allocation dengan syarat moratorium tu kan? Lagipun broker akan hantar statement setiap bulan kan?

Takkanlah email pun LHDN block? Mohon otai-otai saham komen sikit..

😜

ps : Lampiran sample surat allocation IPO daripada MITI aku tunjukkan dan gambar kononnya Najib sedang diburu Ahlong. Aku doakan semoga Najib dalam keadaan selamat, sihat sejahtera.

Sila cari komen-komen aku di bahagian komen juga..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.