Jika Abu Thalib juga mati dalam keadaan musyrik sebagaimana teguran Allah kepada Nabi.
Setelah Abu Thalib tidak mahu beriman dengan Allah yang satu dan meninggal dunia.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,
وَاللَّهِ لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ
“Demi Allah, akan ku mohonkan ampun untukmu selama aku tidak dilarang.”
Kemudian Allah menurunkan firman-Nya,
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ
“Tidak patut bagi seorang nabi dan orang yang beriman untuk memohonkan keampunan kepada orang musyrik.”
(At-Taubah: 113).
Allah mengisahkan ayat ini tentang Abu Thalib. Dan untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, allah Ta’ala berfirman,
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak mampu memberi hidayah kepada orang engkau cintai, akan tetapi Allah-lah yang memberi hidayah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.’ (Al-Qashash: 56). (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)