SETIAP MUSLIM ITU BERSAUDARA

S

Kata Nabi SAW dalam hadis yang sahih,
‎عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : ((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ ِلأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [مِنَ الْخَيْرِ])) رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Dari Abu Hamzah, Anas bin Mâlik Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya segala apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan.”
[HR Bukhari dan Muslim]

Dalam hidup ini, aku sentiasa mencintai kedamaian dan perdamaian adalah perkara yang lebih mendekati jiwa aku. Ya, mungkin aku dilihat sangat agresif, tetapi sebenarnya apabila ada ruang untuk menutup pintu-pintu syaitan, aku akan memilih untuk menutupinya.

Pergeseran diantara aku dan Jamalee of The Patriots berpunca daripada hanya salah faham diantara kami. Selepas kami sama-sama duduk dan muhasabah. Kami tahu yang kami sebenarnya di atas jalan yang sama. Mungkin cuma alignment kefahaman yang berbeza.

Maka, kami sudah saling bermaafan dan menarik balik segala kritikan, meluruskan salah faham, dan menamatkan khilaf ini. Aku mengharapkan perdamaian ini dan mewujudkan mahabbah dan mawaddah yang akan kekal selamanya.

Lagipun, bukan Jamalee mahupun The Patriots yang menjadi penjenayah, scammer atau penjahatnya. Aku pula dari awal tiada secebis niat pun nak bergaduh atau berlawan dengan mereka. Maka jalan damai itu lebih aula.

Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Maka pertemuan semalam aku kira salam perkenalan buat aku dan Jamalee walaupun bermula dengan pergeseran. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kami pula bukan suami isteri, pastilah kami bukan sekadar tergigit.

Apa pun, aku mengucapkan ribuan terima kasih kedapa Mat Rodi dan rakannya yang mengaturkan pertemuan ini. Semoga Allah merahmati kalian. Teringat aku firman Allah yang bermaksud,

“Tidak ada kebaikan pada sebarang usaha melainkan usaha untuk menganjurkan sedekah, berbuat kebaikan dan meleraikan permusuhan antara dua manusia. Maka sesiapa yang berbuat demikian kerana menuntut keredaan Allah SWT, akan mendapat ganjaran yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 114)

Semoga Allah merahmati kita semua. Ingat semua mukmin itu bersaudara. Satukan, bukan cerai beraikan.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.