Kenapa kau nak meroyan? Kenapa nak merentan? Kenapa nak meloncat? Move on! Adakah life kau hanya akan bahagia bila kau komen di wall orang yang block kau tu? Adakah dunia kau akan runtuh bila kau maki hamun, tunjuk bodoh dan membangang di wall orang?
Beginilah, sosial media ini memberikan pemilik wall kuasa untuk memilih siapa yang dia suka, siapa yang dia tak suka. Itu sebab ada button block. So, cara main sosial media kena gunalah apa button yang disediakan. Yang tak pandai guna button-button yang ada lah tak pandai main sosial media.
Wall kau umpama rumah kau atau taman kau. Kalau ada orang gila datang ke rumah kau, meroyan-royan, kau halau tak? Ke kau suka orang gila datang meloncat-loncat depan rumah kau!
Mudah tak analogi ni?
Takpa, aku kasi lagi satu contoh. Bila orang dah block tu, macam cinta kau ditolaklah. Orang tak sudi, dah kau nak merentan lepas kena reject tu kenapa? Move on lah! Atau proposal kau kena reject, atau orang taknak beli barang kau, idea kau. Dah kenapa kau nak marah-marah?
Tapilah, yang aku tak boleh brain spisis yang siap boleh buat fake account nak datang komen dengan niat jahat. Ini mesti jenis kalau cinta ditolak, dia hantar santau, hantar hantu raya, jadi orang minyak. Jenis jiwa kosong dan meracau. Orang ada mental isssue ni, memang pakar nasihatkan kita abaikan. Maka, aku pesan dekat admin aku, detect fake account, terus block. Detect orang mencarut, block terus. Detect orang tunjuk bodoh, block terus.
Itu sebab aku block je komen-komen bodoh, komen-komen yang merepek, komen-komen yang menghina akal. Wall aku ibarat taman bunga aku, tulisan aku adalah bunga-bunga dalam taman aku. Aku yang decide siapa boleh masuk, siapa tak boleh masuk.
Siapa tak suka dengan bunga-bunga aku, buat apa datang taman aku kan? Kan banyak lagi taman bunga lain. Kalau kau hebat sangat, buatlah taman bunga sendiri, takyah buang sampah, berak bersepah dalam taman aku.
Dalam parlimen kalau memekak, boleh kena halau. Main bola kalau tak boleh kawal emosi, boleh kena red card. Setiap lapangan ada peraturan dan pengawalnya, di wall aku, aku dan admin-admin akulah pengawalnya.
Peraturan aku mudah,
“DILARANG BODOH!”
Clear?