NAJIB RAZAK DAN MUBAHALAH

N

Mubahalah atau sumpah laknat adalah sumpah tahap tertinggi. Kalau diantara suami isteri, ia dipanggil li’an.

Najib Razak telah melakukannya sebanyak 2 kali. Sebagai orang yang beriman dengan Allah dan Rasul. Aku terpaksa akur dengan keberaniannya selain kita beriman yang Allah akan melaknatnya jika dia berbohong.

Tentang hukum dan pendirian mahkamah. Aku kekal dengan pendirian aku kes Najib Razak ini terlihat sangat “tidak clean” dan sangat political. Maaf, ini pandangan aku sebagai rakyat marhaen.

Aku tak pernah makan gaji dengan Najib Razak, tak pernah dapat apa-apa projek. Bahkan aku mahu melihatnya ditimpa musibah kerana tidak menyokong perjuangan #JusticeForBella.

Aku bukan macam sesetengah individu yang pernah makan gaji dengan kerajaan PH kecewa selepas tumbang. Aku takda personal vendetta. Ada orang orang jadi pegawai menteri PH, hilang punca pendapatan. Itu yang kecewa.

Tetapi, aku kira keberaniannya melakukan sumpah laknat sangat baik. Ia dianjurkan oleh Islam. Maka biarlah diantara dia dan Allah di atas sumpahnya.

Anwar Ibrahim tak berani, Zahid Hamidi tak berani, korang yang berani-berani tuduh dia tu, berani tak balas balik mubahalah dia? Kalau tak berani, eloklah kita tak pertikai mubahalah dia.

Semalam aku bertemu seorang sahabat, dia bekas pegawai agama di sebuah negeri. Dia cerita tentang seseorang yang telah buat sumpah laknat mempertahankan dirinya walhal maaruf sudah tahu dia menipu.

Selepas seminggu, dia kemalangan dahsyat dan mayatnya sampai tidak dapat dikenali. Aku ingatkan diri aku dan kita semua, jangan main-main dan berani-berani dengan sumpah laknat.

Ya, mungkin Najib Razak dianiaya, di-frame, dan diperangkap. Mungkin benar. Kerana di dalam mahkamah, tiada satu saksi pun menyatakan dengan jelas yang Najib Razak yang mengarahkan duit itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi dia.

Yang ada cuma diarahkan Jho Low tetapi Jho Low telah menjadi beruang dan tidak dijumpai sehingga hari ini. Apa pun, pandangan aku Najib Razak tetap salah kerana tidak memulangkan duit itu tetapi membelanjakannya dengan sangkaan ia duit derma.

Jika Najib Razak berdusta, siap sedialah untuk dilaknat. Jika tidak, para pemfitnahlah kena siap sedia. Aku beriman dengan kekuasaan dan kemurkaan Allah selain kerahmatan dan kasih sayang-nya.

ps : Aku hairan kenapa ada yang butthurt Najib Razak buat sumpah laknat, patutnya happy-lah. Dahlah kena penjara, kena laknat lagi nanti kan, kalau percaya dia memang bersalah.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/870584223912177

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.