Kenapa Syed Saddiq taknak fight untuk adik Bella? Sebab Syed Azmi kawan dia? Saudara dia? Sangat afdhal dia fight. Paling tidak pun support-lah.
Walhal Siti Bainun tu orang Umno, Puteri Umno dan terkait dengan Zahid Hamidi. Bukankah bola tanggung? Korupsi dalam JKM yang dipimpin oleh Rina Harun pun dia boleh bersuara di parlimen. Untuk kes adik Bella, tiada MP yang bersuara di parlimen betul-betul!
Kenapa dia beriya-iya nak tunggang adik Ain walhal kes adik Ain telah dibuktikan dia bersendirian dalam dakwaan dia. Pihak polis dan AG mengesahkan mereka terpaksa NFA-kan kes adik Ain. Kes adik Bella di-charge tau!
Kenapa dia juga beriya-iya nak fight isu Yasin ganja? Sebab anak Vincent Tan dilepaskan oleh Tommy Thomas daripada dakwaan 39b? Ada interest? Walhal ganja ni bukanlah isu besar pun. Di Rumah Bonda, telah ada 2 kematian baby tau. Tak hisap ganja, tak mati pun. Medical? Kena debate dengan para saintis dulu.
Isunya adalah apa beza dengan perangai orang Umno. Diorang tak bising kawan-kawan diorang korup sebab mereka kawan-kawan. Kawan-kawan kita kena diam. Takda beza pun Syed Saddiq dengan kawan-kawan dia macam Syed Azmi dan Vincent Tan. Kawan-kawan dia terlibat, dia akan diam nanti.
Ohya, aku ni takda gaji wakil rakyat tau. Aku tak sepatutnya buat kerja untuk rakyat. Sepatutnya baton ini disambut oleh politikus. Malangnya tiada siapa atau seorang ahli parlimen pun yang sambut. Hairan tak? Yelah, aku kena jual nutella untuk hidup.
Inilah masalah taik politik. Sampai tak boleh baca, tak boleh nampak apa yang orang merdeka nampak dan baca. Taik telah tutup mata, hati dan akal mereka. Kenapa aku pilih Syed Saddiq untuk dibantai?
Cerdiklah sikit.. Sebab Syed Azmi kan kawan dia. Syed Azmi kan baik dengan Hannah Yeoh. Syed Syed Saddiq kan bff dengan Hannah Yeoh. Kalau Syed Azmi kawan baik dengan KJ, pasti KJ-lah aku jadikan sample dan punching bag.
Inilah beza minda taik dengan minda merdeka. Tapi takpa, aku akan terus educate dan bagi awareness. Supaya kita sedar usul #mindaskeptikal tentang politikus adalah benar,
“Asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.”
Clear?