BEKERJALAH DENGAN AMANAH..

B

Semalam ada orang kasitau aku pasal isu budak J&T yang menunjukkan parcel influencer A di bahagian komen wall dia setelah dia bertanya adakah influencer A itu tinggal di tempat B.

Kemudian budak itu merentan kononnya dia telah dibuang kerja. Mencari simpati dan menagih sokongan hasil kebodohan dia sendiri. Dia juga ada ramai follower, tulisannya aku tak boleh baca sebab persis generasi pasca Wechat. Ejaan tak penuh, takda perenggan. Gebang pun level low IQ punya level.

Tapi setelah dia dikatakan dikenakan tindakan, dia meroyan, mencari sokongan dan mencari peguam nak support kebobrokan tindakan dia. Mungkin adalah kot peguam bingai yang akan tolong dia.

Tapi, aku terfikir atas dasar apa dia nak saman orang itu? Yang memecat dia adalah J&T, dia patut saman J&T lah. Nak saman influencer A itu buat apa. Konon dia yang mereport? Dia report itu hak dia. Kalau betul dia pergi jumpa CEO J&T sama sekali pun, tetap bukan salah dia.

Aku sebagai majikan, kalau aku dapat tau ada staff aku leak-kan informasi pelanggan aku, memang aku akan terus pecat. Tak kira secara sengaja atau tidak. Sebab menjaga privacy pelanggan adalah tanggungjawab mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan dengan pelanggan.

Jadi, tindakan J&T memecat budak meroyan itu adalah sangat wajar. Privacy pelanggan adalah sangat crucial bagi sesebuah syarikat courier. Menjadi kewajipan syarikat menjaga integriti dan membuktikan integritinya kepada pelanggan.

Buat budak yang meroyan tu. Takkan kena panggil dengan polis, skmm, handphone kena rampas dan kena pecat pun dah merentan dan meroyan. Tak fighter-lah. Hadaplah. Dah memang kau yang cari pasal. Salah kau kot. Gebang dalam Facebook bukan main kencang. Siap tunggang kematian ayah untuk meraih simpati murahan.

Kalau dia rasa perkara dia buat tu betul, dia bangunkan company courier yang dia akan announce dan disclose semua customer dia secara terbuka. Aku nak tengok berapa ramai yang nak pakai servis dia. Atau dia jual barang, dia tunjuk dan disclose je semua customer-customer dia, dengan gambar-gambar parcel.

Aku berharap setiap manusia yang bekerja, bekerjalah dengan amanah. Jaga integriti syarikat yang korang sedang bekerja, jangan abuse segala data dan kelebihan yang korang dapat. Siapa yang rasa apa budak meroyan ni telah buat itu baik, korang ambil lah dia kerja.

😜

ps : Syabas J&T kerana bertegas dalam menjaga data peribadi pelanggan dan integriti syarikat.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.