UNTUK BERLAKU ADIL..

U

Beginilah, aku bukan nak cakap kosong. Aku telah buat semakan fakta sebab aku rasa pelik kenapa J&T boleh terus buang budak Wechat tu. Kalau base on cerita dia, dia top performer kan?

Takkanlah J&T main buang je kalau takda apa-apa breach of conduct yang fatal. Yang tak boleh dimaafkan. Takkanlah J&T boleh tunduk dengan arahan mana-mana customer untuk buang orang sesuka hati. Tak logik.

Aku pun tanyalah dekat kawan-kawan, maka aku telah diberikan beberapa screenshot ini. Korang boleh rujuk di bahagian gambar. Aku nak korang yang ada akal berfikir dengan waras.

Suatu hari, tiba-tiba budak Wechat yang tidak dikenali buat satu hantaran berbunyi,
“Aliff Ahmad tu duduk Padang Besaq ka?”Oklah. Fine.

Di bahagian komen dia snap parcel aku aku beli di ifmal.com dengan alamat aku dipadamkan. Tapi nama pengirim, dan nama aku didedahkan.
1. Kantoilah dengan gopren-gopren aku beli dekat ifmal.com. Kantoilah aku support ifmal.com.
2. Dah kenapa kau nak announce dan tujuk parcel aku beli dekat follower-follower kau.
3. Dah kenapa plak kau nak tanya pasal aku selepas kau menguruskan courier untuk aku?

—-

Inilah namanya breach of privacy menurut syarikat. Mana boleh kau sibuk-sibuk tanya pasal customer syarikat kau openly di media sosial macam tu.

Banyak kebarangkalian boleh berlaku jika perkara seperti itu dibenarkan atau tidak diambil tindakan. Sebagai contoh,
1. Alamat contact details seseorang itu boleh terbocor melalui individu itu dengan mudah. Mungkin boleh mengancam keselamatan.
2. Tiada privacy terhadap pembeli apabila ada pihak mengetahui parcel-parcel miliknya secara spesifik.
3. Parcelnya mungkin boleh dimanipulasi untuk tujuan yang tidak baik oleh mereka yang punya akses.
4. Sekarang ni, ramai tahu yang budak tu ada full address aku dan contact aku. Mungkin orang yang ada niat jahat akan cari dia untuk dapatkan informasi yang dia dah snap tu.

Sebagai pelanggan syarikat courirer, korang suka ke parcel-parcel korang dikenali dan ditunjuk di media sosial oleh pekerja di syarikat courier?

Sudah pasti perkara tersebut telah menjejaskan integriti syarikat courier dalam menjaga privacy dan personal data pelanggan mereka jika ada pekerja mereka yang buat perangai sebegitu.

Kalau aku jadi majikan, aku akan pecat serta merta. Perbuatan tersebut adalah sangat serius punya breach of privacy. Kalau aku jadi pelanggan itu, memang aku akan report SKMM, polis dan syarikat courier terbabit.

Tapi takpa, just bagi benefit of the doubt-lah, let say-lah memang orang itu memang dah well known dia tinggal di mana. Tapi takkan dia pernah tulis exact address dia? Dia beli barang daripada siapa, parcel size apa, adakah itu bukan hak privacy dia? Kalau dia report, maksudnya dia tak sukalah. Kalau SKMM nak siasat dan ambil tindakan, baguslah.

Yang nak merentan cerita Ebit Lew lah, anak Ebit Lew, ayah meninggal lah, nak lantik lawyer itulah, nak saman lah, apa kena mengena ni? Sekarang ni pun, dah boleh ambil lawyer saman balik J&T atas penamatan pekerjaan. Dah kata kes bulan Mac, tengok takda pula mangsa buat riuh. Yang merentan macam budak Wechat seorang je.

Tapi takpa, ini semua pengajaran buat kita semua. Kalau rasa tak puas hati, boleh mulakan buat tuntutan di www.tuntut.my!

Ingat adik-adik sekalian, bila bekerja, biar amanah, jagalah integriti. Dah salah, jangan merentan macam orang kena sawan. Chill! Sembang macam faham agama. Takkanlah tak tahu yang hidup mati itu ketentuan tuhan. Rezeki pun daripada Allah. Mana ada makhluk boleh tutup rezeki kau kecuali al-Razak.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.