Apa masalah tulisan aku tentang cerai berai? Tang mana salah dalam pandangan aku? Kalau salah boleh dispute dengan ilmiah.
Mungkin mamat ni suka menonton drama orang cerai berai dan buka aib masing-masing. Meroyan dan merentan macam dia. Entahlah..
Oklah, sila buka aib, meroyan dan merentan puas-puas. Cerita segala dalam kelambu keluarkan. Jadikan media sosial tempat korang mengadu nasib dan tempat kecam mengecam kisah rumah tangga korang.
Sebarkanlah hadis tak sahih Allah benci cerai dan arasy bergegar. Sorok hadis sahih Nabi ceraikan Hafsah, Umar suruh anak dia cerai, kisah cerai Zaid dan Tsabit. Sorok bawah karpet. Jangan kasitau.
Level apa punya IQ entah orang otak macam ni. Dah level buat content tunggang cerita pasal family dan bini tu teruskan jela. Takyahlah nak masuk pasal cerita aku. Nak reach ke?