TAKKAN ADA SIFU SAHAM BERANI SAHUT CABARAN AKU

T

Sebenarnya aku memang tahu yang takkan ada mana-mana sifu saham yang berani sahut cabaran aku untuk come clean buktikan sistem/teknik/method dia trading itu menjadi. Takkan ada!

Ditambah dengan 5 elemen test yang aku nak buat tu, pasti mereka lagi ketar lutut. Kenapa? Sebab mereka yang mengajar saham itu memang buat duit dengan mengajar sahaja.

Sebenarnya dulu aku dah buat cabaran ni, takda siapa berani. Cuma kali ini, Tok Guru aku yang offer nak kasi RM1 juta tu. Katanya,

“Kalau sistem dia works, kita semua letak duit dekat dia lah..”

Selain diorang tahu yang diorang akan gagal, mereka juga tahu yang RM1 juta tidaklah banyak, kerana mereka mengajar boleh dapat lagi banyak. Risk-reward mereka 10-0! 10 untung, 0 rugi. Kan? Baik diorang ngajar, those who cannot trade, they teach.

Teringat aku bertemu dengan seorang sifu saham dan remiser popular, aku tanya direct dekat dia,
“Kau buat duit dengan trading ke kelas?”

Dia dengan jujur jawab,
“Dengan kelas..”

Itu sebab dalam usul #MindaSkeptikal aku menggariskan,
“Sifu saham, guru saham, pakar saham dan pakar pelaburan adalah scammer, melainkan telah dibuktikan sebaliknya.”

Mereka perlu melalui 5 elemen test tersebut. Korang kena guna 5 elemen itu untuk test mereka. Sepatutnya tak payah bagi reward pun, diorang nak mengajar, kenalah buktikan trading dia memang berjaya dan menjadi.

1. Minta dia tunjukkan trading result history potfolio dia untuk 3 tahun. P&L 3 tahun dia kena tunjukkan until to date.
Barulah kita dapat tengok kekerapan dia trade, dia buy & hold ke, dia value investing ke, dia memang betul-betul trade. Kita boleh kira berapa % dia untung setiap bulan. Or modal dia topup pakai duit kelas supaya ada holding power.

2. Q&A
Q&A kalau aku biasanya aku akan dispute indicator standard yang diorang pakai. Ini sains, ini statistik. Probability theory tak membenarkan kajian terhadap random dibuka. Ia mesti unik. Itu sebab takda market wizard buat kelas mengajar sistem/teknik/method dia.

3. Backtesting.
Backtesting dilakukan untuk melihat adakah signal yang diorang berjaya dan kaya itu menjadi. Berapa % winning rate dengan berapa risk-reward.

4. Live trade.
Live trade ni nak test tahap efficient sistem diorang. Sistem yang baik dan berjaya akan berjaya juga di mana-mana market. Kerana kajian statistik terhadap market hanya menggunakan price movement, high, low dan close.

5. 30 stock pick test
Ini ultimate. Kalau diorang boleh bagi stock dengan accuracy jadi profit adalah 6/10 pun aku dah impress. Kalau lebih Lagilah champion. Out of 30 pick dia bagi, berapa yang traded dan profit, berapa yang traded and loss. Kita boleh kira kan?

Begitulah rasional test aku itu. Inilah cara #EvidenceBased. Inilah cara ilmiah. Kalau diorang memang jujur, nakkan reputasi, kenapa nak takut kan? Buktikanlah.

Lihat bagaimana Imam Bukhari diuji ketika nak masuk pintu Baghdad. Dah lepas sesi interogasi dan diuji, barulah Imam Bukhari dibenarkan masuk belajar dan mengajar.

Lagi 1, kalau diorang ni memang market wizard, diorang tahu yang trade secret memang tak boleh diajar. Tapi boleh dikongsi dengan buat fund management company. Rahsia tak terbongkar, still boleh tolong ummah. Aku pun boleh park duit aku.

Akhir kata, cuba dengar nasihat sahabat saya ini,
“Orang kaya takkan mengajar kita menjadi kaya, kecuali kita boleh menjadikan dia lebih kaya..”

nota : Dana Safi out, Naguib dah gone.

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1527606171032060

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.