BAGAIMANA MEMPERTAHANKAN SIFU SAHAM PENUNGGANG AGAMA?

B

Aku lihat ada beberapa puak cuba mempertahankan sifu saham. Berikut adalah hujah-hujah mereka.

1. Cabaran Aliff Ahmad tidak patuh syariah.
Ada lebai kata cabaran terhadap lebai tu tak patuh syariah, ada unsur berjudi, bla bla bla. Rilex, dalam muamalat ini ada keluasan, banyak instrument dan aqad kita boleh adjust untuk kasi dia patuh syariah.

Sebenarnya, aku tak perlu bayar apa-apa pun kalau benar guru saham dia betul-betul di atas kebenaran. Dah alang-alang ambil fee mengajar. Ofkosla aku willing bayar fee yang lebih tinggi kalau betul-betul jadi. Ibarat hadiah akh gembira dengan kejayaan dia.

Asasnya, aku charge servis aku buat testing dan backtesting. Kalau berjaya, aku happy, aku taknak ambil payment, apa masalah? Tapi takpa, kita boleh adjust segala-galanya ikut amalan syariah yang compliant. Benda muamalat boleh adjust.

Cuma aku pelik kenapa lebai-lebai ini taknak pertikai penipuan-penipuan sifu-sifu saham dan mengajar masyarakat untuk faham asas statistical dan probability untuk menepis dakyah sifu-sifu saham. Lemah logik?

Padanlah masyarakat makin meluat dengan kaum lebai-lebai ni. Agama digunakan untuk mendinding kebatilan kaum kapitalis jahat penunggang agama.

2. SC tak bagi buat live trade. SC tak bagi buat stock pick.
Beginilah, SC ni jaga Bursa Malaysia sahaja. Kalau sistem/teknik/method sifu kau works, dekat mana-mana market pun works. Kita nak test, kita test dekat market lain. Macam USA yang lebih effcient. Sepatutnya lebih jadilah.

Orang cakap di Bursa Malaysia, sifu saham biasa buat kaedah,
“My student’s entry is my exit. My student’s fee is my holding power..”

3. Tunjukkan dulu RM1 juta tu dulu.
Macam ni, macam aku sebut kat atas lagi. Asalnya aku tak perlu nak bayar apa-apa pun. Dulu aku cabar dah, takda duit tak tempting. Sepatutnya kalau sifu-sifu ni betul-betul steady, sahut jela. Kalau lulus, dia pun dapat nama dan reputation apa. Kan?

Anyway, takpa, kita datang jumpa, sit down, aku tunjuk proof of fund, kita buat proper agreement dengan syarat-syarat yang firm. Kau sign je agreement, lepas stamping, kita transfer ke account lawyer. Clear?

Kau berjaya fullfill segala syarat, kau ambillah bayaran tersebut. Bukan itu saja, aku sendiri pun kasi duit aku untuk kau trade-kan. Kita nak kasi projek, mestilah POC dulu kan?

—-

Begitulah, lebai, pemegang lesen SC, dan orang undang-undang berpakat untuk membantu sifu-sifu saham ni mendapatkan excuse untuk menolak pelawaan aku. Walhal, mereka tahu tujuan, naratif, dan konteks adalah untuk menghapuskan scammer-scamer so called sifu saham.

Padanlah Karl Marx mengecam ajaran kristian dulu dengan kata-kata yang sangat terkenal,
“Agama itu candu kepada masyarakat..”

Korang dapat lihat betapa guru-guru saham ini kompang patuh syariah dan menghimpit lebai-lebai untuk bersama-sama mereka.

Begitu juga Roque Dalton ada menyebut,
“Undang-undang itu dibuat untuk yang miskin ikut..”

Itu sebab aku dan Pendakwah Teknologi disaman apabila kami mengkritik sifu saham yang merepek dan melalut menunggang agama.

Cabaran aku itu hanya isyarat dan pengajaran untuk masyarakat gunakan bagi menguji sifu-sifu saham. Aku percaya tiada siapa yang berani sahut.

Lebai-lebai anak murid dia pula yang merentan dan butthurt siap cerita dia ketua pelajar, sekolah kisas, dapat scholar JPA bagai. Kalau lebai yang sokong kapitalis scam, memang takda tempat dalam pandangan aku.

Ramai lagi asatizah yang jauh lebih progresif dan IQ tinggi. Kalau dah follow sifu saham, faham-fahamlah IQ dia paras mana..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.