Bila gua trash budak-budak 90s, pastilah gua punya fakta dan nombor yang gua pegang. Hari ini gua nak cerita sikit pasal budak 90s sorang ni.
Ini budak 90s bukan biasa-biasa. Top student fakulti sains computer universiti #1 negara, Universiti Malaya (UM). Graduan first class honours. Menang award programming peringkat antarabangsa. Dipilih oleh fakulti untuk terus lompat buat PhD melalui geran syarikat gua.
Kenapa UM ni hebat? Lu orang tau tak betapa hebatnya UM ni, dia trash graduan terbaik Adelaide Uni (AU) yang pegang cokmar gitu je. Walaupun UM yang keluarkan biasiswa, tapi bila mamat pelajar terbaik AU tu balik Malaysia, interview balik UM tak kutip pun. Bawa balik cokmar pun kena tendang. Jadi gua sangka kualiti pelajar UM jauh lebih baiklah dari AU.
Tapi malangnya, product yang dihasilkan UM juga tidak jauh beza dengan AU. Ya, benar keputusan pelajaran baik, nampak skill dah ada. Cuma takda tools untuk hidup dan bukan lelaki tulen. Budak ni, baru saja lepas interview untuk upgrade program terus ke PhD. Esoknya dia hantar surat kata tak jadi wat PhD dengan alasan-alasan yang cliche sangat. So 90s and pondan.
Sepanjang gua melayan budak-budak 90s ni, gua nampaklah beberapa isu utama yang perlu para 90s ambil perhatian.
1. Mental yang lembek.
2. EQ yang hancur.
3. Pondan.
Budak ni gua suruh pindah duduk dekat dengan office gua sebab dia kata jauh, duduk kat office gua dia akan dapat support yang baik dari para programmer yang berpengalaman. Di UM siapa nak support dia. SV dia pun belajar dengan kami. Dia macam tak selesa kena pindah, yerla duduk bawah ketiak mak sampai hari ini.
Yang menariknya dia bagi alasan dia nak kahwin. Lu nampak tak, pondan pun nak kahwin tau. Sebelum apply, dia tak fikir ke? Dah kahwin nak duduk rumah mak? Laki yang lepas kahwin duduk dengan mak ni memang loser, pondan dan takda maruah.
Memang gua tak nafikan, budak ni memang nampaklah nerdnya, tapi dia laki. Dia sepatutnya selak seluar dan spender sebelum buat keputusan, keputusan yang menunjukkan dia lelaki. Macam mana nak jadi ketua keluarga, ayah kepada next generation? Sekali kena sergah depan anak bini dia, terkencing-kencing depan diorang.
Jadi, gua nak umumkan, geran PhD untuk blockchain research di UM kini punya kekosongan. Siapa yang berminat, boleh apply terus ke Abu Aisyah Yat Saaidal. Cumanya kali ini, gua letak syarat siap-siap supaya tak buang masa gua nanti.
1. Lepas syarat akademik.
2. Boleh coding.
3. Got big balls or 3 balls.
4. Takda sakit otak.
5. Got big and brave heart.
Lu tak perlu dapat anugerah VC or angkat cokmar. 5 kriteria tu wajib ada saja dah layak. Buat PhD dengan gua bukan sekadar untuk dapat sijil, tapi lu akan diajar menjadi manusia. Jadi real man. Jadi orang yang ada maruah dan integriti yang tinggi.