“HIDUP BIAR ADA MARUAH DAN HARGA DIRI, JANGAN MENGEMIS!” – BONDA

Aku sangat jijik dengan manusia yang suka mengambil kesempatan terhadap manusia lain sambil dia tunjuk steady dan sembang hebat dan kencang. Hakikatnya dia hanyalah manusia sampah yang hanya pentingkan diri.

Teringat ketika aku masih kanak-kanak, mak aku pesan kepada aku,
“Alep, kita ni walaupun orang miskin, kita jangan sesekali minta sedekah atau mengemis untuk diri kita. Jangan! Biar hidup bermaruah! Kita ada harga diri!”

“Kalau kita susah, jual semua barang yang boleh dijual, sampai tinggal tulang 4 kerat sahaja lagi baik. Pergi buat kerja extra, buat OT, buat part time. Kalau dah habis buat semua itu, pinjam dengan niat nak bayar balik. JANGAN JADI PENGEMIS!”

“Kalau kau dah memang tak mampu, tulang 4 kerat pun dah tak larat, harta dah habis digadai, barulah kau boleh minta bantuan makhluk, itu pun setelah kau minta bantuan Allah, dan mengadu kepada-Nya. Ingat, walaupun kita miskin, kita bukan pengemis!”

Pesan mak aku itu aku sematkan dalam diri aku. Dari kecil, aku berniaga untuk dapatkan duit lebih, jual biji getah, jual pemadam, jual barang Tamiya, jual sticker Dragon Ball dan Alien Workshop. Walau betapa susah atau terdesaknya hidup aku. Aku tak minta sedekah dan simpati orang secara terbuka dan tidak bermaruah.

Aku pernah kerja stall burger, kedai sate, kilang minyak, pam minyak, kedai makan, cuci pinggan, jadi cleaner, cuci jamban, dan macam-macam lagi aku pernah buat untuk hidup dan sebab aku pegang pesan mak aku itu. Aku gigit dengan gigi geraham. Ada tulang 4 kerat.

Mak aku pasti akan kecewa kalau tau aku mengemis. Mak aku pasti sangat terguris jika tau aku mengemis untuk kepentingan diri sedang harta masih ada di tangan. Aku lagi tak boleh bayangkan apalah mak aku akan rasa kalau aku openly mengemis dalam Facebook. Aku taktau mak korang macam mana.

Masa kes Bella meletup, memang mereka yang nak mendiamkan aku menyaman aku. Walhal aku hanya berkata perkara yang benar. Memang aku tak sangka. Ramailah kawan-kawan suruh aku open tabung. Aku jawab takpalah. Aku menulis dan melawan, bukan arahan dan permintaan sesiapa, itu pilihan aku, aku kena bertanggungjawab. Lagipun, aku masih punya sedikit harta untuk dijual.

Walaupun ada member kata,
“Takpa bro, aku tolong bukakan tabung. At least untuk semua aktivis.”

Aku tetap dengan pendirian aku. Nak collect, collect-lah, tapi bukan untuk aku.

So, aku jual kereta, tanah, rumah, laptop, handphone, apa yang boleh dijual, dan aku hadap saman tersebut. Aku tak contact si penyaman ajak setel tepi. Aku tak hide/private-kan posting yang di-plead. Aku tak menagih simpati di sosial media dan mengemis bantuan. Aku yang tulis, aku kena tanggung. Itu prinsip. Aku minta doa sahaja.

Baru-baru ini, ada satu orang, beriya-iya dia nak kata aku. Ia dilakukan dalam bentuk innuendo yang boleh disaman. Aku tak kisah pun. Tapi sampai dia dah komen dalam wall aku. Aku rasa dia sangat personal dengan aku, sebab aku tak pernah kenal dia. Setelah itu, dalah info masuk dari follower.

Rupanya, orang itu berkawan dengan gang scammer itik, gang bola diorang, gang hisap rokok dekat public tak kisah anak kecil. Padanlah beriya-iya nak kecam aku. Nak menuntut bela kehilangan sahabat itik dia kot.

Orang ini bajet dia steady, konon tak cari makan kat Facebook. Dia hina orang yang menggunakan Facebook berniaga. Jawapan aku mudah,

“Memanglah bajet steady, tulis-tulis kecam orang sana sini, kena saman, mengemis suruh orang lain fund bayar peguam. Jenis takda maruah dan harga diri..”

Memanglah sesen pun duit dia tak keluar. Yang lebih jijik, dia sendiri collect duit, letak no account terus, siap no telefon. Aduh! Jijiknya.. Kalau ia pun, suruhlah orang lain collect-kan. Nampak sangat jenis bangsa pengemis. Tulang 4 kerat ada, terus mengemis. Yang lebih kelakar, dia mengaku baru beli rumah.

Orang cari makan jauh lagi mulia. Orang jenis tulis merepek-repek, kena saman, lepas tu mengemis, jauh lagi jijik dan hina. Sedang diri ada gaji tetap. Masih ada harta. Selfish dan sungguh hina manusia seperti ini. Ohya, dia juga difahamkan perokok tegar dan pernah mengecam parents yang bising perokok hisap rokok di restoran. Dengar cerita dia juga pakai H. Biasa budak pakai H memang perangai camni ke?

Aku biasanya kalau orang pm minta bantuan kewangan, aku ralat sikit nak bagi apa-apa, tapi kalau dia jual barang, aku beli barang dia. Samalah bila di luar, yang datang tadah tangan kosong, aku berat nak bagi, tapi yang jual barang, biasanya aku beli.

Adalah follower-follower mesej aku kata,
“Bro, saman dia tu. Tengok apa lagi cerita sedih dia akan buat nanti.”

Aku ni, bukan suka saman orang. Aku akan saman bila aku rasa orang itu melampau dan perlu diajar. Atau aku nak cabar untuk buktikan apa dia cakap tu benar di mahkamah. Di Facebook, semua boleh boleh sembang kencang. Aku kalau dah masuk saman, aku terus dah ready untuk ke federal court. Lawan dan terus lawan sampai habis. Lagipun, aku tak berminat berlawan dengan orang yang takda maruah dan harga diri macam pengemis tu.

Bila aku ditunjukkan dia buat ayat sedih konon terpaksa lewatkan nikah. Taktaulah apa cerita sedih yang dia akan cerita untuk meraih simpati. Lawak gila. Gila tak cool. Koyak rabak dan loser habis sampai jadi mengemis untuk diri sendiri. Maruah langsung takda. Tak steady la bang, main Facebook kena saman, terus minta sedekah! Rokok, H, rumah ada lagi dah mengemis. Memang jenis takda maruah ke? Takkan itu perkara yang dia nak ajar anak-anak dan anak didik dia?

“Korang semua kumpul follower, maki hamun orang, nanti kena saman, letak no account, follower akan sedekah..”

Itu yang dia tulis. Entah-entah dekat rumah menggigil, menggelabah, terkencing-kencing, tak boleh tidur malam. Biasanya puak itik main bola ni gebang kuat. Mungkin dia dah terlupa kisah itu. Biasalah manusia mudah lupa.

Itu yang bila ada orang contact aku, kata dia kena saman. Aku akan tanya, kau tulis macam tu atas arahan orang lain ke, kau sendiri tulis. Kalau sendiri tulis, aku bagi simple advise,
1. Kalau apa kau tulis tu kebenaran dan kau nak tegakkan kebenaran itu. Maka, ambil peguam, dan lawan!
2. Kalau apa kau tulis tu fitnah, kau mohon maaf je. Minta settlement baik-baik.

Pada aku, sendiri berani buat, sendiri berani tanggunglah. Bak kata Anwar Ibrahim,
“Kalau tak berani tanggung risiko, jangan bicara soal perjuangan!”

Kita bukan macam politikus sorang tu, gaji MP dia pun besar, dengan elaun bagai, sendiri cari pasal rembat duit masuk dalam ASB sendiri, sendiri buat polis report kata kena rompak, bila kena charge, minta sedekah pula. Takkan level kita sama dengan dia kan?

Jadi lepas ni, kalau aku minta sedekah atau mengemis, ketahuilah yang aku sudah kehabisan harta, tulang 4 kerat sudah patah, dan tiada pendapatan lagi. Axia Kompang juga sudah dijual. Isteri-isteri juga sudah dilepaskan. Takda aku nak cerita pasal nak nikah lagi. Aku juga bukan perokok.

Nak jadi pejuang, nak jadi fighter, biar bermaruah. Nak sembang kencang, pumpang pumpang jangan jadi pengemis. Tapi, kalau ada yang buat, apa kita nak pelik, memang itulah dia sejak azali, jiwa pengemis, lawak cecupak, dan tiada maruah. Tiada beza macam skim ternak dan infaq itik scam. Skim itik menipu orang, skim derma dia untuk pemalas, pengemis dan manusia yang tiada harga diri. Ambil kesempatan dekat follower..

😜

ps : Lebih mulia orang yang buat paid review daripada pengemis yang memandu H sambil hisap rokok. Janganlah jadi seperti contoh ini.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.