Hand drawing by an artist, Ariff Amin.
Budak ni junior aku dekat Adelaide dulu. Apa yang buat dia ni jadi legend dulu adalah dia satu-satunya budak architecture yang lukis tangan untuk final year project dia. Walhal zaman dia semua orang pakai software dah. Natijahnya, lukisan dia dipilih masuk surat khabar dan dapat award khas hasil usaha melukis tangan di zaman software.
Hari ini, dia memilih menjadi pelukis. Bukan architect. Mula-mula boss aku, Nik Izwan Kamel suruh Ariff doodle gambar wall street zaman dulu, aku pun cakap kat Ariff,
“Weh, tolong lukis ni. Doodle je..”
Tapi lepas 3 bulan tak siap-siap, aku tanya,
“Oi, mana lukisan aku?”
Dia hantar hasil yang belum siap. Aku tergamam, dia lukis detail. Dia tak doodle. Dia buat architecture drawing. Aku dalam kepala dah terfikir, memang kena kapak la aku..
Dia buat research balik, dapatkan detailing segala binaan, sculpture zaman tu, dan hasilnya memang, SPECTACULAR!
Mesti ramai yang tanya berapa kena kapak? 5 angka kena. Takpalah. Aku puas hati, boss aku puas hati. At least kita tau ada anak bangsa kita yang boleh lukis saing-saing Leonardo Da Vinci..
Siapa nak dia lukis dan appreciate art, boleh contact dia..