Mantan Mufti Wilayah yang pernah dicop wahabi dipakai untuk dibuat hujah.
Aku ingin bertanya, adakah mantan Mufti Wilayah jauh lebih ‘alim, lagi tinggi keilmuan dan lagi besar ketokohan nak dibandingkan dengan Imam An-Nawawi Rahimahullah.
Pandangan Imam Mazhab Syafie ini kelihatan barcanggah dengan amalan kita. Rujuk sini.
Imam Nawawi yang menyatakan:
وقال النووي في المجموع : يكره حني الظهر في كل حال لكل أحد لحديث أنس …ولا معارض له، ولا تغتر بكثرة من يفعله ممن ينسب إلى علم أو صلاح ونحوهما
Maksudnya: Makruh menundukkan badan pada setiap hal dan pada setiap sesuatu sepertimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas.. Tidak ada percanggahan terhadap hal itu dan JANGAN TERTIPU dengan banyaknya orang yang melakukannya daripada mereka yang dinisbahkan kepada ilmu atau kebajikan dan seumpama keduanya.
(Rujuk Al-Majmu’ syarh Muhadzab, m/s 21)
Siapa nak terus tunduk kepada manusia di atas apa-apa alasan, keuzuran dan hujah. Silakan, tiada siapa yang melarang. Aku nak ikut hadis Nabi SAW yang telah disyarahlan oleh ulama’ besar Mazhab Syafie, Imam Nawawi Rahimahullah..
Aku ikut Mazhab Syafie, korang ikut Mazhab mana tu?