Aku memang takkan kawan sangat dengan laki-laki yang aku tahu dia bagi access kepada isterinya untuk membuka handphone dia kerana aku tahu komunikasi aku dengan dia sudah tiada privacy. Kalau aku kawan pun, bukanlah kawan yang aku percaya sangat, lebih kepada kawan buat badut kena bahan je nanti spisis ni.
Jenis kasi access ni pada bila-bila masa isteri dia boleh buka dan baca. Ibarat aku nak sembang dengan dia, bini dia duduk terhegeh sibuk nak dengar. Jeling-jeling dan intip-intip. Ohya, laki yang buka phone wife dia pun, aku tak minat nak kawan sebab pada aku lelaki jenis ni pun tak amanah suka breach privacy orang.
Sebagai majikan pula, aku akan sack dan mungkin ambil tindakan tegas. Kalau aku tau ada staff aku allow handphone dia dibuka oleh pasangan mereka dan kebocoran database, maklumat company, idea atau strategy syarikat pula berlaku. Mungkin tindakan undang-undang aku kena kan.
Kalau kau dah allow phone kau tu bini kau buka, email dengan whatsapp mesti dia usya. Kunci dah bagi, takkan dia tak masuk. Wife kita bukan maksum. Alang wife Nabi SAW pun ada buat hal sampai Nabi cerai. Ini pula kita atau wife kita. Hari ni mungkin dia tak buka, esok lusa? Kalah betul dia taknak buka, cuba tukar passcode.
Teringat aku ketika kecil, mak aku pernah rotan aku sebab aku tolong buka surat bapa aku. Mak aku pesan, surat orang jangan buka, itu amanah. Orang tu hantar dekat abah, kenapa kita nak kena sibuk buka? Lagi sekali aku kena bedal sebab aku baca diari adik aku, pun kena lagi.
Masa mak dengan bapa aku bersembang pun mak aku akan suruh kami adik beradik chow. Ayat biasa,
“aku nak cakap dengan bapa kau je, dah kenapa kau tercongok kat sini?”
Jadi, mungkin inilah yang aku belajar tentang menjaga privacy, amanah dan hormat hak orang dalam hal komunikasi. Hari ini, apalah beza sangat surat dengan email? Apalah beza sangat diari dengan nota dalam handphone?
Teringat aku seorang ustaz terkenal, dia ada group whatsapp dengan kami-kami, suatu hari bila kami ajak jumpa, dia reply,
“tak boleh, family time.”
Lepas tu dia bising orang tak ajak dia. Rupanya, bini dia yang reply then delete mesej-mesej tu. Bila dah kantoi, dia kata,
“Tak perasan, terdelete kot masa dalam poket.”
Suatu hari, dia tiba-tiba left group. Bila terjumpa, dia tiba-tiba tanya,
“Apsal korang kick aku dari group?”
Kami pun tunjuklah yang dia left group. Dia pun cover line balik. Katanya, tertekan.
So, kami tahulah yang dia tu TB teruk. Bini dia insecure dan suka check phone laki dia. Lepas tu, aku terus tak communicate dah pakai phone.
Korang ingat tak dulu ada kes yang wife seorang pegawai tinggi SPRM bocorkan maklumat siasatan? Alah, yang dia kata dia baca dalam whatsapp laki dia tu? Ingat lagi? Inilah bahana kasi passcode or kasi access kepada isteri. Akhirnya habis career suaminya.
IsOne aku ada baik dengan seorang isteri kepada pegawai tinggi polis. Pun jenis buka phone laki, setiap kali diorang jumpa, adalah cerita pasal perisikan, siapa kena tangkap, dapat arahan menteri. Mula-mula aku pelik bila dia tanya,
“Betul ke polis macam ni macam tu?”
Lepas tu aku tanyalah, mana tau? Dia kata tu wife XYZ cerita. Siap tunjuk screenshot lagi dia mesej ketua polis.
Aku pun geleng kepala. Dalam hati aku cakap, rosak-rosak. Inilah bahananya. Bukan saja komunikasi breach, rahsia kerajaan pun bocor.
Ohya, aku rasa mana-mana isteri dalam dunia taknak disamakan dengan DS Rosmah Mansor (RM) kan? Tapi kalau diorang ni galak nak sibuk-sibuk pasal handphone laki dia yang penuh dalam tu macam-macam masalah, deal, dan rahsia, apa beza diorang dengan DS Rosmah?
Aku faham kadang-kadang korang rasa wife korang tu amanah. Takkan buka walaupun dah kasi passcode. Ketahuilah, wife korang tu bukanlah macam isteri-isteri Nabi SAW yang bertaraf sahabat dan dijanji syurga, jauh lagi isteri korang tu maksum. Kalau Isteri Nabi SAW pernah buat hal, ini pula isteri korang. Perempuan ni kan muqallibal qulub, hati yang sentiasa berbolak balik. Kau dah bagi kunci, bila hati dia terbalik, dia akan buka.
Unless-lah korang boleh buat ta’liq yang kalau wife korang breach komunikasi kami, talak 3 jatuh. Mungkin kami boleh bagi ruang consideration. Tapi kan, buat apalah semua tu. Teknologi password dah ada. Buat apa nak buat cara PAS kan? Mencegah lebih baik daripada merawat kan?
Lagipun yang percaya wife korang tu korang, bukan kami. Kami tak kenal wife korang. Yang makan minum tidur dengan wife korang tu korang. Kami tak. Jadi kami tak pecaya pun wife korang. Kadang-kadang aku mual dengan argument perempuan spisis RM ni. Apa diorang kata,
“Rahsia paling sulit dia pun kita tau, nak rahsia-rahsia apa?”
Itulah aku cakap. IQ level RM ni memang takat tu je. Kemaluan suami korang, kami pun tak tengok. Korang jagalah rahsia kemualuan suami korang tu. Kemaluan kami korang nak tolong sibuk buat apa? Komunikasi kami antara kami dan suami korang. Bukan dengan korang. Aparaa!
Ada juga yang berakal pendek yang berhujah, kalau tak curang kenapa takut nak bagi. Ini bukan isu takut atau nak curang. Orang nak curang ni dia boleh je bagi phone dia. Dia ada phone lagi satu. Tapi ini bukan isu curang, ini isu privacy, confidentiallity, dan respect. Yang korang tu loser sangat sampai wife korang tak trust korang, sampai kawan-kawan, office dan business pun terpaksa digadaikan kepada bini-bini korang? Such a loser!
Yang lebih loser siap declare kasi semua. Dia rasa dialah suami terhebat, takda rahsia. Itu bukan hebat. Itu bodoh. Memang manusia yang tak boleh ada trust lah. Habis segala hal bocor. Apa pun, itu pilihan dia lah. Tapi at least dia jujur dia kasitau. So, pilihan lelaki-lelaki sejati macam aku, kami takkan deal dengan orang macam ni. Itu jela.
Mungkin ada yang kata dia bagi passcode untuk tujuan emergency. Itulah bukti korang bukan lelaki awesome. Lelaki awesome dah train wife-wife dia apa nak buat kalau emergency, kematian, dan lain-lain. Lelaki awesome dah tulis wasiat, dah ada pemegang amanah, dan bagi extra reserve untuk tujuan emergency. Boleh sahaja tulis wasiat simple untuk tujuan keluarga contact mereka yang sepatutnya. Itulah Islam sangat menganjurkan wasiat.
Ada satu kes ni, disebabkan ada member ni allow bini dia access handphone dia, dan bini dia jenis becok cerita dekat kawan-kawan dia. Maka terjadilah perang dunia antara mereka-mereka yang tak terlibat. Akhirnya, putus kawan dan bercerai berai selepas itu.
Masa aku kerja di UK dulu, boss aku, director level daripada R&D department pernah kasitau kami secara tegas,
“We are here to keep the secrets, tell your wife do not breach our communication. If she loves you, tell her to give some respect for your career. Turn on your mobile passcode.”
Aku masa tu pun kasi je passcode dekat wife aku. Tapi, selepas hari itu. Handphone aku adalah ruang privacy aku, briefcase kerja aku, laptop kerja aku, dan diari aku. Segala rahsia kerja aku, kawan-kawan, business partner, deal, dan maklumat dalam phone aku insyaAllah selamat dengan aku.
Just to be fair-lah dengan kaum lelaki yang lemah, takut bini dan loser kan. Kalau memang korang tak boleh handle wife korang. Kasitau kawan-kawan korang siap-siap. Sebagai contoh,
“Komunikasi kita ini mungkin akan bocor dibaca oleh isteri aku, kerana isteri aku ada passcode handphone aku, dia tidak maksum, mungkin dia akan baca nanti.”
Jadi, kami pun tak perlulah cerita apa-apa yang penting dengan korang yang jenis loser dan TB ni. Paling tidak pun, kita buat whatsapp group sekali dengan bini korang. Alang-alang dah taknak privacy kan? Ajak bini korang join sekali. Inilah solusinya kan?
Kan?
Siapa sini yang suka bila korang nak bersembang dengan member korang, bini dia bertenggek sebelah dengar?
Siapa sini suka berkawan dengan laki yang balik rumah, dia cerita balik semua kepada bini dia?
Siapa sini suka buat business dengan laki yang bagi bini dia buka komunikasi business korang?
Siapa sini suka doktor dia allow wife dia boleh buka phone dan laptop dia?
Siapa sini yang suka dapat bini macam RM?
Tepuk dada tanya diri sendiri..
Disclaimer :
Posting ini untuk kaum lelaki sejati. Spisis 50/50 tidak ditujukan. Tidak ditujukan kepada mana-mana kaum wanita. Pandangan ini boleh gunakan secara vice versa. Ada juga suami keji yang buka phone bini dia. Cerita pasal apa perempuan-perempuan cerita. Tau aurat kawan-kawan bini. Itulah sebab suami isteri kena lock phone masing-masing. Kita jaga privacy kawan-kawan kita, amanah kita, bukan diri kita.