BANGSA TAK MENJILAT CUBA DITANAM?

B

Aku difahamkan sahabat kami, Cikgu Fadli Salleh telah menerima surat untuk tindakan displin yang memungkinkan penurunan pangkat atau dibuang kerja.

Aku kira jabatan atau kementerian telah mengambil kira status Cikgu Fadli seorang yang mempunyai pengaruh di media sosial sebelum membuat keputusan ini.

Maka, aku beranggapan pihak yang terlibat telah membuat keputusan dan sanggup untuk mengharungi serangan rakyat di dalam media sosial. Ya, mereka dah bersedia.

Aku percaya akan ada politikus yang akan mengambil kesempatan isu ini. Antaranya, mantan menteri pendidikan yang gagal, lebai Maszlee Malik. Bila entah lebai ni nak buka kaunter claim tol yang dia janji tu.

Mengenali susuk tubuh Cikgu ini, aku percaya apa yang dia perkatakan adalah benar. Isu silibus dan beg berat bukanlah isu baru. Ia isu yang patut ditangani oleh pihak atasan.

Aku difahamkan, kebanyakan mereka yang duduk di tampuk PPD, JPN dan kementerian ialah mantan guru-guru. Aku tak tahu sama ada guru-guru cemerlang, atau guru-guru bermasalah. Siapa ada maklumat, share-lah!

Isu sahabat kami ini lebih kepada Penjilat vs anti-Penjilat di bawah satu bumbung. Aku tak rasa KSU terlibat pun. Aku rasa lebih kepada kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap sahabat kami ini.

Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana sahabat kami ini mengkritik mereka secara terbuka. Disebabkan penjawat awam mempunyai etika itu dan ini. Ruang itu yang mereka masuk mengenakan sahabat kami ini barangkali.

Aku yakin pihak di sana akan berhujah Cikgu Fadli tak menggunakan saluran yang betul. Dia penjawat awam, dia kena ikut saluran yang betul. Betul tak? Keputusan yang dibuat mengikut mesyuarat dan etika yang telah termaktub dalam bla bla bla..

Kalau Cikgu Fadli nak lawan pun payah, kena buat JR dulu kalau tak silap, baru boleh saman menyaman. Nak menang saman kerajaan bukanlah perkara yang mudah. Biasanya mahkamah jarang buka flood gate.

Aku rasalah mesti ada satu orang atau sekumpulan mereka yang benci kepada sahabat kami ini berada dalam kedudukan untuk menekan tindakan ini. Ini hal biasa. Mana-mana tempat pun biasa berlaku.

Atau mungkin kerana regim di dalam sana itu melihat Cikgu Fadli sebagai “orang” lebai Maszlee Malik. Yelah, aku ada saudara yang bekerja di KPM. Dia banyak mengomel tentang perangai Maszlee yang hanya pandai bercakap.

Perangai menekan mereka yang lantang ini adalah perangai biasa. Ketika aku melawan LHDN, ada je pegawai LHDN yang menghubungi aku, kasitau apa aku buat tu betul. Tapi diorang tak boleh cakap apa. Nanti ada kawan-kawan akan mantul.

Semasa aku menghentak AG/DPP, ada juga seorang DPP yang menghubungi aku mengiyakan apa yang aku kritik dan kata. Bezanya, aku orang luar, cari makan sendiri, bukan penjawat awam yang ada akur janji etc.

Kadang-kadang aku pelik dengan “jabatan” disiplin dan integriti kerajaan. Pegawai-pegawai yang sah-sah merepek dibiarkan. Kaki lucah, kaki ponteng, kaki carut dibiarkan. Pegawai cemerlang macam sahabat kami nak dipecat dan dibuang.

Di mana logik akal mereka?

Kalau akulah, aku akan lantik Cikgu Fadli ini jadi “ketua komiti” untuk buat silibus matematik yang dia kritik tu. Naikkan pangkat dia. Bukan buang dia atau turunkan pangkat dia.Kita perlukan orang yang progresif untuk membina silibus. Bukan mereka yang syok sendiri. Ini yang ada masalah, dinaikkan pangkat, simpan dalam jabatan atau kementerian.

Yang kaki jilat diangkat naik mengurus dan memimpin. Maka, kualiti kerja itu bukanlah berdasarkan merit minat, usaha, cinta dan jiwa sebagai pendidik sejati.

Bagi ruang dan peluang dulu sebelum nak ambil tindakan. Takkan member sendiri bersuara pun korang nak tanam mati? Apa jadi nanti sistem pendidikan negara kalau bersikap intimidative sebegini?

Adakah berkata benar menjadi kesalahan yang sangat besar dan fatal?

Aku bersama Cikgu Fadli Salleh. Korang gang mana? Gang jilat ke anti-jilat?

cc : Mantan Pengerusi Kelab Umno Australia, Dr Radzi Jidin kan? Eh! Sekarang menteri kanan dari Bersatu kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.