Sebenarnya aku dah tulis banyak mengkritik lebai Maszlee ini. Cumanya kali ini aku gabungkan kesemuanya secara “holistik”.
Siapa yang mengenali Dr. Maszlee tahu dia ini seorang ustaz ori. Graduan pengajian agama daripada Jordan. Dia seorang lebai yang bajet progresif. Dia mula popular sebagai moderator debat atau wacana politik. Kan? Itu bagi koranglah.
Bagi mereka yang mengenali dia lebih awal. Dr. Maszlee ini dikenali sebagai seorang ustaz wahabi. Dia beraliran IM, aktif dengan JIM (Ikram) dan bersama-sama aliran DrMaza yang dikenali dengan gerakan tajdid. Dia dianggap seorang yang ‘alim dan ulama’ ketika itu.
Dia menjadi lebih terkenal apabila secara lantang mengkritik walaun, lebai PAS, dan politikus UMNO/BN. Kritikan dia lebih kepada isu integriti, pembaziran kerajaan dan korupsi. Hal ini membezakan cara dia dengan lebai-lebai yang ada.
Walaupun aku sangat skeptikal terhadap kaum lebai. Tapi aku bagi muka terhadap Dr. Maszlee. Jadi, apabila dia masuk politik. Aku nak tengoklah betapa dia firm dengan apa yang pernah cakap ketika zaman dia belum jadi politikus.
Disebabkan Dr. Maszlee ini bangsa lebai, maka elok aku tulis kembali hadis Nabi SAW tentang orang munafik.
Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ
“Ada empat tanda, jika seseorang memiliki empat tanda ini, maka dia disebut munafik tulen. Jika dia memiliki salah satu tandanya, maka dalam dirinya ada tanda kemunafikan sampai dia meninggalkan perilaku tersebut, iaitu: jika diberi amanat, khianat; jika berbicara, dusta; jika membuat perjanjian, tidak dipenuhi; jika berselisih, dia akan berbuat zalim.”
(HR. Muslim)
Munafake 1 – Janji turun harga tol dan minyak.
Sebelum PRU14, Dr. Maszlee telah berkempen dan berjanji untuk menghapuskan tol sampai suruh claim balik lepas menang. Tetapi setelah menang, dia delete janji-janji tersebut. Bahkan, ketika Tun M kasitau manifesto janji-janji PRU bukan kitab suci, Dr. Maszlee tidak membantah bahkan tersenyum dan akur.
Ada 2 justifikasi dekat sini. Sama ada dia bodoh yang mempercayai manifesto janji-janji PRU, atau pun dia memang munafik penipu. Bodoh atau penipu? Korang pilih mana? Takkan ada Phd pun bebal kan? Aku rasa dia ni lebih kepada penipu politik yang berpegang dengan niat menghalalkan cara.
Munafake 2 – Pergi haji setelah jadi menteri.
Setelah berjaya menjadi menteri, tak sampai 1 tahun terus terbang dengan business class pergi haji. Tak naik dah ekonomi tau. Bila aku tanya pegawai dia, jawapan yang diterima adalah dia layak untuk penerbangan even first class sebagai menteri.
Yang ini aku tak faham kenapa dia ni lapar sangat nak pi haji. Aku percaya ketika dia jadi student di Jordan, dia dah buat haji. Dah kenapa kau nak membazir buat haji berkali-kali. Lapar nak try naik business class/first class ke lebai? Kenapa taknak berjimat? Apa beza Dr. Maszlee dengan lebai PAS?
Munafake 3 – Melantik diri sendiri menjadi presiden UIA.
Sebelum jadi politikus, sebelum menang PRU, Dr. Maszlee ialah orang yang memperjuangkan kebebasan akademik dan universiti. Tetapi setelah dia berjaya menjadi menteri, dia langgar segala prinsip tersebut. Apabila dia didesak, dia tetap buat perangai bongkak berkuasa dia.
Melihat sikapnya yang melanggar prinsip dan janjinya dengan alasan nak membersihkan UIA, aku rasa something wrong. Dia ni ada personal agenda ke? Ada personal vandetta ke? Universiti lain macam pula? Lapar nak extra gaji ke? Tak cukup gaji menteri + mp yang berpuluh ribu tu ke?
Munafake 4 – 1Bestari
Masalah dan isu 1Bestari ni rasanya sebelum PRU14 lagi kita dah tau. Aku mengharapkan apabila Dr. Maszlee jadi menteri dia bongkarlah. Since project tu 1b punya value kalau tak silap. Malangnya ketika dia jadi menteri dia senyap je.
Tapi selepas dia dipecat, baru nak melalak. Masa dapat jawatan, jilat boss dia. Secara sirr kononnya. Sayang gaji punya pasal ke? Kalau fighter sangat, kalau berani sangat, kenapa taknak langgar je Tan Sri ke, Tun ke? Tapi malangnya, lebai ini hanya bersikap seperti politikus Umno, diam membisu bila masalah itu datang dari boss-boss dia. Kan?
Munafake 5 – Lantik kroni-kroni yang tak capable.
Setelah jadi menteri beberapa nama yang kita semua tahu kawan-kawan atau kroni-kroni dia lah. Wan Saiful Wan Jan yang kalah dalam PRU dilantik menjadi chairman PTPTN. Mungkin nak kasi dia nyawa untuk hidup. Gaji dia dapat, aku tak rasa kecil lah kan? Tapi janji nak mansuhkan PTPTN apa cerita? Ramai kawan-kawan aku undi PH sebab taknak bayar PTPTN. Ingat letak member boleh mansuh, sekali untuk member survive dapat gaji je! Ceh..
Kemudian sebelum dia resign nangis-nangis dalam press release macam tak boleh lepas jawatan, dia sempatlah lantik co-Founder Dubook Press, Saufy Nizar (Mutalib Uthman) untuk menjawat jawatan CEO Kota Buku. Walhal ketika itu, dia sedang bangunkan Dethstix. Habis hancur Dethstix selepas tu. Taktau gaji sana berapa dia dapat sampai sanggup tinggalkan kawan-kawan dia untuk ambil jawatan tu. Agent-agent semua menyirap je.
Munafake 6 – Vellfire & Myvi
Myvi tu memang kereta dia sebelum jadi MP. Tapi lepas jadi menteri, terus demand Vellfire. Tak dapat dari kementerian sebab mungkin pakai Proton Perdana, dia pow daripada EMGS. Ingat tak, yang plate no 2828 tu. Mentang-mentang EMGS anak syarikat kementerian. Tapi kenapa nak membazir beli Vellfire untuk menteri?
Masa resign dia buat drama kartun, konon dia pakai Myvi je. Lepas tu orang nampak dia nak Vellfire single digit tau. No 8 lagi. Taktaulah kalau privilage jadi menteri juga. Tapi kan, kalau betul pun, kenapa nak rembat, biarlah dijual. Bagi pendapatan kepada negara. Tapi, dia pun lapar juga nak pakai single digit. Nafsu lebai ni, bukan kaleng-kaleng!
Munafake 7 – Kurang ajar dengan VC UM!
UM pernah menjemput Dr. Maszlee untuk merasmikan dan hadir ke Seminar Blockchain Kebangsaan di UM melalui VC UM. Malangnya Dr. Maszlee langsung tidak respond. VC UM ketika itu ialah mantan VC UTP, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim. Aku difahamkan pegawainya, lebai tu dah cop VC UM ketika itu orang Umno. Punyalah tak profesional. Adakah ini akhlak seorang yang mengaji agama? Seorang academician? Seorang yang ilmiah?
Tapi, punyalah kurang ajarnya lebai ni, dia boleh pergi ke UM untuk hadir event yang budak-budak dia buat, tanpa pengetahuan VC UM. Terkejut office VC bila tau dia datang UM gitu je. Bila aku dengar cerita ni, aku rasa lebai ni memang melampau. Tapi disebabkan dia ni lebai, dia akhirnya kena scam dengan company mana entah konon buat blockchain cert untuk UIA. Aku check dalam network blockchain NEM, takda pun. Mungkin dia drama pakai staging network je. Tapi lebai tau apa kan? Akhirnya KPM panggil scammer kasi talk pasal blockchain. Berdekah-dekah aku ketawa.
Munafake 8 – Tunggang agama.
Masa nak ikut Tan Sri, tunggang istikharah. Lepas tu nak ikut Tun M, tunggang istikharah 1 pusingan lagi. Nak join PKR taktaula dia istikharah ke tak.
Dahlah, cukuplah 8 bukti-bukti aku dah kemukakan. Boleh banyak lagi tapi 8 ni pada aku dah menyebabkan aku menolak lebai Maszlee ini. Lagipun dalam usul #mindaskeptikal aku memang suruh kita berjaga-jaga dengan politikus dan lebai. Dr. Maszlee seorang lebai dan sekarang dah jadi politikus.
Aku ni bila cerita lebai je, aku teringat kisah ulama’ jahat dalam surah al-A’raf ayat 175 hingga 177.
175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.
176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
Dia mungkin belum buat apa-apa jenayah besar. Tapi ciri-ciri lapar dan munafik dia tu dah macam lebai-lebai PAS dan Umno. Tak tertangkap buat jenayah tak semestinya dia tak buat jenayah. Tapi apabila ciri-ciri munafik itu dah dipenuhi oleh lebai. Aku memang tak minatlah. Sama je macam aku tak minat langsung Nik Abduh. Cumanya Nik Abduh ni dari awal jadi tokoh politik dah. Lebai Maszlee pula kononnya tokoh akademik yang progresif.
Tapi kalau korang minat dekat dia. Teruskan minat korang. Boleh gang dengan Wardina yang taknak balik Malaysia walaupun PH menang. Pelik kan? Tak yakin ke dengan PH masa tu? Ini sekadar analisis aku. Pasal dia banyak tolong cikgu tu, pada aku hanya political move dan sikap populis politikus. Ada jasa kononnya..
Najib Razak pun ada buat baik kan? Takkan takda jasa? Tapi kita tetap nak jatuhkan dia masa tu. Itu sebab pendirian aku, benda baik yang mana-mana penjawat awam yang dah ambil gaji buat, bukanlah jasa sangat. Itukan tanggungjawab dia untuk buat kerja setelah ambil gaji. Apa nak bangga sangat? Dah ambil gaji, kena buat yang terbaiklah.
Orang tanya, nak undi lagi tak lebai tu? Aku jawab korang nilai dan timbanglah sendiri kalau korang pengundi Simpang Renggam. Undi kan di tangan masing-masing. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Kan?