Ilmu milik tuhan. Cikgu harus ikhlas mengajar baru ada keberkatan. Tiada keberkatan pada guru yang menerima gaji.Dia mengajar untuk dia dapat gaji, untuk dia hidup.
Jiwa pendidik tidak akan mengasari pelajarny. Cikgu yang kena bantai itu wajar dibelasah kerana tindakannya yang over dulu. Tendang kepala pelajar adalah sangat melampau.
Ya, dulu pelajar itu hanya anak kecil, tiada kudrat untuk melawan. Ditambah dengan peraturan sekolah dan persepsi masyarakat. Apabila sudah dewasa, man to man face off la. Berani?
Gua, lu dan ramai kawan-kawan di sini ada kawan yang memilih jadi cikgu. Tapi sebenarnya, adakah mereka yang memilih jadi cikgu itu benar-benar mahu menjadi cikgu?
Atau sudah tidak nampak masa depan di matrikulasi? Dilelong selepas tamat matrikulasi? Tidak atau susah mendapat pekerjaan selepas tamat ijazah pertama? Maka memilih cikgu sebagai exit plan?
Institusi pendidikan wajib reform dengan mengambil dan memilih mereka yang benar-benar minat, tegar, dan cinta akan profesion cikgu. Bukan kerana terpaksa dan sebagai exit plan dan hidup.
Teringat di sekolah gua dulu (MRSM), bila ditanya cita-cita apa?
Tiada seorang pun yang nak jadi cikgu. Tapi ketika di matrikulasi dan selepas matrikulasi, tiba-tiba ramai pula gua dengar masuk maktab perguruan.
Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.