Dah ramai sangat orang mesej aku minta tolong aku SCRUT sana SCRUT sini kan. Lepas tu kata aku Umno-lah, Muda-lah, PKR-lah, Bersatu-lah, RBA-DAP lah..
Ada staff aku cakap,
“Boss, open je untuk semua. Charge je semua..”
Selepas aku termenung di depan Nasi Goreng Rendang Rusa ni. Aku pun solat 2 rakaat. Kata buzruk-buzruk dan eldest-eldest,
“Dua rakaat dan mesyuarat insyaAllah selesai masalah..”
Aku juga mesyuarat dengan Uncle Awang dan Nik Izwan Kamel, maka kami decide untuk buat dengan bayaran. Kata mereka,
“Dah alang-alang buat free dan ikhlas pun kena cop, kita commercial-kan sahaja!”
So, mana-mana politikus yang nak pakai khidmat SCRUT berbayar aku. Sila PM. Harga? Lebih mahal daripada Muhamad Harris Nasril sikit. Tak kira untuk parti mana. Semua aku telan!
Hasil SCRUT adalah jujur dan telus, facts and figures. Jangan suruh aku twist apa-apa. Aku bukan macam Abang Raf. Aku Aliff Ahmad dari parti PeLWang. Keras dan jantan. Harimau lagi!
Ada yang bayar, barulah team aku ada motivasi sikit..
Marilah! Anyone?