Ada orang minta aku SCRUT seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat. Aku kasi jela harga standard aku.
Almaklumlah, buat research ni take time dan effort, kena buat fact check, kena cross reference, nak tulis lagi, nak goreng lagi, risk kena saman pun ada.
Lepas aku bagi harga dia macam pertikaikan plak harga servis aku, aku pun justify la. Aku ni buat research, masa aku mahal.
Panggil Siti nyanyi pun mahal. Takkan harga aku lagi rendah daripada Siti? Takkanlah harga research lagi rendah dari nyanyi. Lepas tu dia reply kata aku jelek dengan alasan dia dia support aku dan IFMAL selama ini. Aku macam tergamam sekejap. Siap disamakan dengan Siti Kassim.
Tapi kalau sama dengan Siti Kassim, mesti Asiah Jalil sayang aku dan buddy-buddy dengan aku kan. Malangnya tidak berlaku.
Anyway, dear friends and people, I am here not to please everyone and anyone. I am here to tell the truth, my opinions and my views with my own way.
Kalau tak boleh terima aku, takpalah. Aku memang takda price tag, tapi masa dan kerja aku ada harga. Kalau rasa menyesal support aku sebab aku tak bagi diskaun, move on.
Aku percaya, rezeki hanya daripada Allah. Tiada mana-mana makhluk yang boleh menghalang rezeki itu hendak sampai kepada aku. Aku beriman dengan yakin sejak dari hari pertama aku keluar daripada dunia makan gaji.
Allah sangat berkuasa tanpa perlu apa-apa asbab pun untuk dia berikan rezeki. Betul tak?