Kenyataan ini disokong oleh seorang “orang” HR Petronas yang bernama Sayuti Azmi. Aku telah menyemak kesahihan kedudukan Sayuti Azmi dalam Petronas. Sah, dia memang “orang” HR Petronas.
Disebabkan Rafizi suka buat declaration. Tapi declaration tanpa pembuktian tiada makna. Benda simple je. Dia yang dakwa, dia kena buktikan. Dia dakwa gaji RM25k dan dapat pampasan RM400k, maka dia kena buktikan.
Kaedah dalam Islam ada menyebutkan,
الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي،
Bukti ke atas dakwaan.
Maka untuk berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Elok kiranya Rafizi Ramli buktikan sahaja dakwaan-dakwaan dia melalui dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu untuk membuktikan dakwaan-dakwaan dia seperti :
1. Surat lantikan/tawaran kenaikan gaji.
2. Payslip.
3. Bank statement.
4. EA form.
5. EPF statement.
Kata Fdaus Ahmad,
“kalau dia tak sembang kencang, buktikan jela. Prove it. Kalau betul, alhamdulillah. Yang sembang sekarang ni dia. Terkejut kawan-kawan aku yang tier 1 ni. Pandai? Bukan dia seorang je pandai bro..”
Apa lagi Abang Raf, buktikan Abang Raf terhebat dalam sejarah Petronas sebagaimana Abang Raf cuba buktikan Abang Raf pembangun startup yang bakal jadi unicorn dengan duduk-duduk atas bangunan saja.