Dia ni hadir lepas beberapa siri berbalas pantun dengan Rafizi dan #TaikRafizi.
Orang tanya,
“Kenapa dengan Rafizi kau buat few postings?”
Jawabnya sebab Rafizi merentan dalam press conference dan #TaikRafizi sibuk nak tegakkan benang tahi yang basah. Itu saja. Lagi pun aku suka tengok Rafizi takda hujah dan cop sana sini BN, PN, Umno, Bersatu dan Pas.
Maka, aku kena respond untuk mendidik masyarakat tentang hakikat sebenar tentang dunia startup, manipulasi valuation dan sembang kencang Rafizi. Itu saja. Aku ni lawan isu, bukan lawan politik. Kena fahan.
Masa aku kritik Annuar Musa dulu. Pun few postings juga. Kenapa? Sebab Annuar Musa respond, #TaikAnuarMusa duk meroyan, Tun Faisal buat fitnah dan Budi jawab. So, aku kena balas pantun lah.
Siap cakap aku tak cuit Zahid Hamidi? Nampak sangat perangai #TaikPolitik. Orang yang follow aku pasti tahu dah. Nak aku share link ke? Ah, korang search la sendiri.
Pada aku, kau nak baca orang tibai PH, cari orang BN atau PN. Nak baca orang tibai BN, cari orang PN dan PH. Nak baca orang tibai PN, cari orang PH dan BN. Mudah kan?
Aku? Ikut suka hati akulah aku nak tulis pasal siapa. Sebab aku ada pendirian aku sendiri dan aku bukan ahli kepada mana-mana parti mahupun politikus. Aku tak minat jadi #TaikPolitik.
Wall ini juga mengharamkan #TaikPolitik dan #Sibodo.
Faham?