KENAPA ZAHID HAMIDI MASIH NAK BERTANDING?

K

Semalam aku minum-minum dengan kawan-kawan daripada Umno. Diorang beriya-iya ajak aku. Sampai-sampai ada jiran aku.
“Eh, orang Umno juga bang?”

Dia jawab,
“Taklah, abang kawan dengan Dato Zahid lama dah..”

Aku macam biasalah. Aku mesti nak cakap, aku kasitau,
“Kalau Zahid turun dan tak bertanding, mungkin Umno-BN boleh menang besar. Tapi, orang meluat bila dia bertanding..”

Diorang cerita macam ni..
“Mula-mula memang Dato Zahid dah nak lepaskan kerusi Bagan Datok dah. Dia dah taknak bertanding. Tapi lepas dia tengok PH still calonkan kluster mahkamah macam Guan Eng dan Syed Saddiq, dia rasa apa masalah dia bertanding. Dia belum dapat keputusan mahkamah. Belum ada verdict..”

Aku sengeh, aku kasitau diorang,
“Itulah aku malas support mana-mana dah kali ini. Korang nak apa ni? Nak bayar aku SCRUT siapa ni? Ke nak kasi aku projek buat software?”

Lepas tu cerita merepek je. Sebelum balik, diorang tanya aku, kau nak undi siapa nanti? Aku slumber je kasitau. Dulu ingat nak undi BN selepas bagi peluang PH hari tu. Tapi tengok Umno macam tak taubat lagi. So, aku belum decide,

“Masa hari mengundi nanti, tengoklah siapa boleh pitching aku dengan baik. Aku tengok calon tu macam mana. Sebab senang aku nak memekak nanti bila diorang tak buat kerja. Aku dah tak undi ikut parti dah..”

Begitulah kisahnya..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.