Dalam satu Tweet, Rafizi gebang dia bayar gaji minimum RM3200. Kan?
Korang cuba buat kira-kira bodoh, RM3200 x 150 orang = RM480,000 sebulan = RM5,760,000 setahun.
Kan?
Tak masuk EPF, Socso, dan lain-lain perks lagi. Kan? Takkan semua gaji minimum? Takkan takda yang 10k sebulan, 5k sebulan? Betul tak?
Berapa revenue Invoke last audit?
RM6.3* juta.
Sebagai seorang usahawan startup cap ayam, revenue dia dengan cost pekerja dia sangat tak kena. Aku suspect, jumlah 150 tu pun gebang. Nak tunjuk terer dan hebat je macam gaji dan valuation hari tu.
So, aku dapatkan audit report dia. Tau apa aku jumpa?
Salary cost dia – RM3.3* juta.
Kalau diambil Rm3.4m / 12 / 150 = RM1,900* je sebulan gaji minimum average tau. Bukan RM3200.
Takpa, kita kasi chance, mungkin 100 orang je.
RM3.4m / 12 / 100 = RM2,888* saja.
Itu yang aku cakap tak logik. #MindaSkeptikal aku kata tak logiklah. Taktaulah kalau ada topup dan jual share untuk topup. Rafizi boleh tunjuklah EPF statement dia bayar 150 orang kalau dia berani nak buktikan. Tapi ingat! Ini kira-kira bodoh dan minimum saja tau.
Lagi 1 lah, aku jumpa main income Invoke ni, bukan buat technology canggih yang ramai orang tak faham pun. Dia buat digital marketing je bhai!
Rafizi Ramli, itu yang aku pesan, jangan kuat sangat gebang. Kantoi macam ni malu lah!
Rujuk lampiran di bawah untuk cross check fakta yang aku sebut..