SOLUSI KEPADA BAKAL PENGUNDI..

S

Korang taktau nak undi siapa kan? Ini untuk yang bukan #TaikPolitik lah.

Sebab at then end, setiap #TaikPolitik akan undi #Taik yang dia dah pilih. Mereka ini kita dah boleh forecast undi mereka.

Yang atas pagar, yang non-partisan, yang bukan #TaikPolitik tapi dia #CaknaPolitik. Mesti masih ragu-ragu nak undi siapa. Diorang pun tak boleh forecast.

Nanti korang bising kene kencinglah, hancinglah, kena tipulah, manifesto bukan kitab suci lah. Tak mampulah. Tak dapat claim tol Simpang Renggam lah. Itulah, inilah..

Aku ada solusi. Korang buat agreement dengan calon tempat korang atau ketua-ketua parti, yang mana mereka letak segala janji-janji mereka dalam perjanjian.

Sign dengan kita, secara personal atau melalui komuniti dengan ketua masyarakat. Kalau diorang breach, korang letaklah, dia kena bayar sekian-sekian amount sebagai ganti rugi.

Aku tau dah ada keputusan di Mahkamah Persekutuan yang kata manifesto bukan janji dan tak boleh dituntut.

Aku tau agreement macam ini masih “vaque” tetapi kita boleh buat untuk test case-lah. InsyaAllah, sahabat-sahabat aku yang peguam-peguam seperti Akmal SK, Mahmud Jumaat, dan Haziq DSubhi willing untuk bawa agreement ini sampai ke mahkamah persekutuan.

Nanti kita boleh dengar alasan penghakiman kalau agreement seperti ini ditolak supaya agreement selepas ini boleh diperbaiki.

Kalau memang calon atau ketua parti itu memang telus, jujur dan ikhlas dalam memberi janji. Sign-lah! Kenapa takut? Kami boleh heret anda ke court nanti.

Pada aku keberanian nak sign pun dah kira oklah. Ada mana-mana ketua parti nak sign dengan aku? Sebagai timbal balas, aku akan endorsement di wall aku.

Kalau dia mungkir janji-janji dia dalam agreement ini dia kena bayar aku RM1 billion. Aku akan tuntut sampai ke mahkamah persekutuan.

Ada yang berani? Mari sign dengan aku!

Nak copy draft agreement?

Sini..
https://www.dropbox.com/…/AAAWW9eK2FvFNYcpcdxMeRlAa…

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.