PANDANGAN AKU TENTANG ANWAR IBRAHIM..

P

Aku mengenali Anwar Ibrahim seawal usia Kanak-kanak dan remaja. Pernah ke jalanan berdemonstrasi melawan rejim Dr.M ketika itu.

Beg sekolah aku ada button mata lebam Anwar Ibrahim. Ketika itu tuduhan terhadap Anwar adalah liwat dan salah guna kuasa.

Anwar didapati bersalah dimasukkan ke penjara. Cuba korang dengar balik apa Tun M cakap tentang Anwar. Tun M lebih kepada jijik dengan dakwaan tersebut.

Persoalan yang aku nak kemukakan, adakah benar Tun M benci Anwar sebab itu? Atau ada sesuatu yang lain?

Apa yang aku lihat hari ini, ahli keluarganya, anak-anaknya dan cucu-cucu ramai yang bersama dengan agenda LGBT. Adakah Tun M sudah menerima LGBT yang dia benci suatu ketika dahulu? Atau Tun M sudah terkena karma?

Atau sebenarnya Anwar sememangnya seorang fighter yang dia mesti dihalang untuk menjadi PM kerana ada sesuatu yang dia ingin lindungi. Aku sebenarnya kagum dan percaya, jiwa Anwar jiwa fighter.

Mana tidaknya, dari muda dia melawan, lawan dan lawan. Agenda reform-nya diulang-ulang sehingga hari ini. Aku anggap, sekiranya Anwar pernah menjadi kaum itu suatu ketika itu, aku anggap itu dosa peribadinya, dia telah dihukum, dan mungkin telah bertaubat.

Dari sudut hati aku, aku memang teringin hendak melihat Anwar menjadi PM. Bersungguh-sungguh dia nak jadi PM. Aku rasa kalau takda DAP, mungkin Anwar boleh menang dengan mudah.

Kita telah lihat bagaimana kes banglo Lim Guan Eng ditarik pendakwaan begitu sahaja, penyokong pengganas LTTE dalam DAP dibebaskan terus. Manalah tidak ada orang yang ragu-ragu dengan Pakatan Harapan. Kan?

Tok guru aku pun ada harapan yang sama walaupun tak minat dengan DAP. Katanya,

“Sebelum saya mati, nak tengok Anwar jadi PM dan nak tengok dia reform apa yang dia cakap. Kalau dia tak buat, dia memang wajar diludah. Give him 1 more chance.”

SCRUT juga mengesahkan Anwar agak bersih. Whatever orang cakap dia pakai proksi, itu dan ini. Di atas kertas, dia clean. PRU kali ini memberi nafas baru kepada Anwar kerana Zahid tidak berundur.

Aku teringat kata Tun M kepada aku dalam satu sesi sembang santai politik di luar negara,

“Saya rasa lega bila Anwar Ibrahim tak buka parti Melayu. Tapi dia buka parti berbilang bangsa..”

Apa pun, Anwar Ibrahim pada aku, tetap seorang fighter dan tokoh yang wajar kita hormati.

Apa pandangan korang tentang Anwar Ibrahim?

😉

https://www.facebook.com/watch/?v=445173464448123

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.