KENAPA AKU MENGKRITIK RAFIZI RAMLI?

K

Kalau korang perasan. Aku langsung tak kritik parti. Aku tak cuit PKR. Aku tak kritik Nurul Izzah, Anwar Ibrahim dan tokoh-tokoh PKR. Kenapa Rafizi yang dipilih?

Sebabnya mudah, dia bercakap dalam industri yang sama dengan aku dan aku mendapati dia tidak berlaku jujur, gebang kencang dan memanipulasi kebenaran yang sebenar.

Siapa yang kenal Rafizi tahu yang Si Rafizi ni tak boleh dipandang lekeh, dia kena tunjuk dia steady. Itu sebab dia seboleh-boleh nak prove-kan yang dia masuk politik dalam keadaan steady.

Dia taknak orang nganjing dia cari makan dengan politik. Walaupun kita semua maklum yang syarikat Invoke-nya itu tidak berjaya. Padangan aku, dia masuk politik nak mencari gaji dan sumber pendapatan untuk dirinya.

Jadi kenapa aku kritik Rafizi?
1. Aku nak kasitau dia, dia tak boleh tipu semua orang.
2. Aku nak kasitau dia, ada orang yang akan semak segala sembang kencang dia.
3. Aku nak mendidik masyarakat cara untuk challenge dan minta “dalil” daripada Rafizi.
4. Aku taknak Rafizi membodohnya masyarakat dengan cerita dongengnya.
5. Aku taknak dia terus menerus membongak dan anggap semua orang akan diam dia membongak.

Ya, membang benar dia tiada masalah korupsi atau apa lagi sebab dia tidak pernah masuk kerajaan lagi. Tapi dia pun tak pernah declare secara detail wang derma kepada Invoke yang dia kutip secara detail kutipan sebenar dan penggunaannya.

Kena ingat, siakap senohong gelama ikan duri..

Kalau korang dengar balik video di bawah ni, kenapa dia nak masuk balik bertanding di Pandan? Tolong kempen sudahlah..

Ke nak cari dapat balik gaji MP?

😜

Ps : Sembang pre-IPO, Invoke meniaga apa ni? Apa produk yang berjaya selain collect derma?

https://www.facebook.com/watch/?v=3314335905480536

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.