Ismail Sabri ialah “lucky ass” yang berjaya menjadi Perdana Menteri secara percuma. PM tanpa mandat PRU, PM tanpa mandat dalam parti sendiri. Pada aku, Ismail Sabri ialah PM paling kurang kuasa. Dialah definisi PM interim sebenar.
Walaupun kuasa PM sebenarnya sangatlah luas, tetapi disebabkan dia hanyalah PM interim dan caretaker, maka dia tidak boleh berlebih-lebihan. Ibarat CEO syarikat yang tiada saham dalam syarikat, pengarah-pengarahnya pula lain-lain pandangan.
Melihat kembali sejarahnya sebagai pemimpin Melayu, nampak Ismail ini ada jiwa Melayu yang baik. Berasal dari kampung, anak penoreh getak dan pernah bekerja dengan arwah Shabarudin Chik kalau tak silap. Nak kata dia bersih, aku tidak berani. Kerana usul #mindaskeptikal aku menyatakan,
“Asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya..”
Melihat menantu dia, Jovian, tiba-tiba sibuk nak berniaga dengan kerajaan, dan orang suruhannya Arman Azha yang terus dilantik menjadi senator dan terus memandu kereta Porche GT3 RS milik koperasi apa entah, sangat meragukan apa dia meniaga entah boleh tiba-tiba kaya teruk gitu, jadi aku ada sedikit rasa sangsi.
Selain itu, melihat anak-anaknya juga tidaklah berjiwa marhaen, macam dah tak Melayu sangat pun kehidupan mereka. Sikap menunjuk-nunjuk kehidupan mewah juga pada aku amat menjengkelkan. Makanya, kita kena aware-lah kelemahan dia dalam kepimpinan. Kepimpinan bermula di rumah. Kalau di rumah pun dia gagal me-Melayu-Muslim-kan keluarganya, apalah nak diharapkan sangat jika semangat Melayu-Muslim-nya tidak sampai kepada kita.
Boleh dilihat MARA DIGITAL MALL yang sekadar hangat-hangat taik ayam dan aku lihat gagal. Mungkin kerana dia bukanlah seorang usahawan sebelum ini. Idea yang dimulakan dengan sentimen perkauman dilihat sekadar melepas batuk di tangga. Akhirnya hidup segan, mati tak mau, wujud lagi ke tidak, kita pun kita taktau.
Mungkin segala kelemahan dia dalam politik boleh disandarkan kepada ketiadaan kuasa penuh di dalam parti dia sendiri dan juga dalam kerajaannya yang menandatangani perjanjian dengan pihak yang tidak sehaluan dengannya. Walaupun pelbagai kritikan diterima, aku percaya jiwa Melayu-nya masih utuh.
Hal ini boleh dibuktikan dengan kenyataannya menyelar Dong Zong secara terbuka yang masa tidak dipadamkan walhal terlalu banyak manusia daripada masa depan sudah singgah.
Rujuk :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157832412596282&id=350525301281
Hal anak-anaknya yang sudah tidak berapa Melayu tu, aku kira ianya ibarat iman tak dapat diwarisi-lah. Jiwa Melayu juga tidak dapat diwarisi. Walaupun lahir dari sperma seorang Melayu yang anti-Dong Zong.
Aku melihat Umno sudah ketandusan pemimpin. Zahid Hamidi cluster mahkamah. Hishamuddin Hussien ok ke? Khaled Nordin kalah PRU lalu di parlimen dan dun. Tok Mat kehilangan negeri dan dilihat tidak berapa berani melawan Zahid Hamidi, lagipun dia takda kerusi parlimen.
Mahdzir Khalid pula sudah terciduk dalam kes Rosmah Mansur. Maka, calon yang paling sesuai untuk memimpin Umno dan negara setakat ini adalah Pak Mail lah kalau dari Umno. Ke korang ada calon lain?
Dalam masa yang sama, aku ada sedikit harapan terhadap Pak Mail ni adalah, aku difahamkan dia sendiri ada ke rumah JKM tempat adik Bella tinggal untuk berjumpa dan tengok sendiri adik Bella (secara private) tanpa apa-apa publisiti setelah kami menghantar memorandum. Jadi, pada aku tindakannya wajar dipuji dan sedikit sebanyak mencipta ruang sangka baik aku terhadapnya.
Selain itu, dia sedaya upaya cuba mendapatkan kami untuk diaturkan pertemuan. Menghantar bunga kepada Kaklong kami, Puan Mona Din, aku rasa dia telah berusaha hendak mendengar daripada pihak kami. Ya, aku telah menolak berjumpa dengan dia banyak kali walau cuba diaturkan oleh banyak pihak.
Bukan sebab aku benci dia, cuma aku rasa takda keperluan dah aku berjumpa dengan mana-mana politikus. Aku bukanlah jenis yang kelaparan nak jumpa mana-mana tokoh dalam dunia ni. Lebih-lebih lagi tokoh politik. Lainlah aku nak lobi projek kan?
Pandangan aku, dalam top 5 Umno, nampak Pak Mail jauh lebih baik daripada yang lain. Kalau Zahid Hamidi sayang Umno dan memang nak berjuang untuk rakyat, bukan nak selamatkan diri. Elok dia undur diri dan bagi ruang kepada orang lain. Malangnya tidak berlaku.
Tetapi Zahid Hamidi telah cantas 4 main charactor yang warlord Umno yang menjadi orang kuat Ismail Sabri. Yang tinggal mungkin KJ disamping dia.
Aku percaya, kalau Zahid takda, Umno dan BN boleh menang besar kali ini. Mereka yang dulu mengharapkan PH melakukan perubahan, yang akhirnya gagal menyebabkan ramai yang masih trauma 22 bulan pemerintahan PH. Takda alasan dah PH nak hentam Umno/BN.
Pandangan jujur aku, aku tiada masalah dengan individu politikus bernama Ismail Sabri ini. Dia bukanlah terbaik, tapi dialah yang terbaik di dalam top 5 Umno. Mungkin kalau Tok Mat naik, memberi sedikit harapan baru. Tetapi Tok Mat pun masih dibayangi dengan kes transfer duit ke oversea dan projek-projek abang dia Datuk Azman Hassan. Itu yang Zahid Hamidi sebut,
“Tok Mat, you are in the waiting list!”
Nak salahkan Pak Mail sepenuhnya semasa dia jadi caretaker atau interim PM, aku rasa bukanlah perkara yang betul. Unless dia ada full power. Kalau dia tak buat PRU, negara mungkin makin hancur dan tak stabil. Aku rasa keputusan sangat baik, tak kisahlah apa pihak PN dan PH cakap.
Kalau korang cari pemimpin yang ultra-Malay sikit. Pak Mail ialah orangnya. Dan yang paling lesser evil barangkali.
Apa pandangan korang dengan bapak Dafi ini?