AGONG SURUH?

A

Masa zaman Najib menang, tapi undi popular kalah. Pun orang PH cakap kerajaan tidak sah, tak dapat mandat majoriti rakyat dan pengundi.

Masa krisis sidang Dun Perak bawah pokok dulu. Siapa yang sampai halang kereta Sultan? Habis kisah sultan dan kerabat dibongkar?

Masa kerajaan PN pula, Agong sebut kerajaan beta juga. Pun orang PH panggil kerajaan tebuk atap dan pintu belakang. Apa yang aku nak sampaikan. Jangan tunggang agong. Mengaku jelah,

“Yer, kami cemolot dengan Zahid Hamidi. Kami cemolot dengan Guan Eng dan DAP..”

Terima je hakikat, Zahid Hamidi hero PH dan hero Umno. Terima je hakikat korang kena jilat ludah kahak dalam longkang. Yang #TaikPH mahupun #TaikUmno.

Terima je realiti korang bangsa penjilat. Itulah aku dah pesan, jangan jadi #TaikPolitik. Kan dah penat nak justify sana sini, sampai kena tunggang Agong pula.

Aku cakap kat kawan-kawan aku yang Umno dan PH, kalau korang ada prinsip, belepas diri je. Tak perlu beriya-iya. Biarlah Anwar dan Zahid buat kerja diorang.

Bila korang bersorak bangga. Nampak sangat korang takda maruah, takda prinsip dan kebulor jawatan. Dan nak lepas kes mahkamah.

Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita bagaimana para sahabat yang tidak berapa setuju dengan Muawiyah dan kemudian anaknya menjadi khalifah, tetap memberi juga baiah seperti 3 Abdallah, Anas, dan Usamah.

Tetapi mereka berlepas diri. Tidak bersama Muawiyah dalam kerajaan, tidak juga mengkritik Muawiyah dan anaknya secara terbuka.

Itu namanya berprinsip dalam ketaatan. Itu namanya terpaksa dalam berprinsip demi kemaslahatan umat Islam dan negara Islam.

Apa pendirian korang?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.