Sebelum aku cerita pasal dapatan dan pandangan aku tentang mantan CEO Tabung Haji zaman PH dulu, aku nak kongsi sikit tentang realiti dunia sebenar.
Minggu lalu, seorang sahabat tiba-tiba call aku,
“Bro, ada orang nak jumpa ni. Dia berminat dengan SCRUT..”
Setelah berjumpa dan bersuai kenal. Rupanya dia bawa aku kenal jutawan dari Sarawak. Syarikatnya agak besar, ada 4800 orang pekerja keseluruhannya lebih kurang.
Dia cerita pasal dia tiada kelulusan akademik, sekolah sampai darjah 3, tapi dia percaya yang business is business. Orang business faham business, dia ahli bidang business. Profesional dan ahli akademik ahli bidang masing-masing.
Dia ceritalah dulu ada pensyarah business ngajar dia kena buat itu, buat ini. Dia kata,
“Takpalah, you buktikan dulu. You buka business you sendiri, kalau berjaya, I follow..”
Pensyarah itu takda modal, dia bagikan modal. Selepas setahun pensyarah itu bankrap. Begitulah ceritanya.
Aku juga ada kawan seorang auditor. Dia ni memang kaki business. Kalau jumpa aku, ada saja idea dia itu ini nak ngajar aku. Baru-baru ini aku dengar dia jadi auditor balik. Semua business dia tak survive lebih 1 tahun pun. Lepas tu dia ajak aku buka kedai makan dekat London. Orang Melayu memang suka buka kedai makan ke?
Dalam hidup ini, aku percaya kepada boundary. Setiap bidang ada ahli masing-masing dan ada boundary tersendiri. Itu sebab korang tak pernah nampak aku gebang pasal industri atau dunia yang aku tak involve. Aku tak cakap deep sangat pasal accounting atau finance. Aku tak sentuh pasal seni dan falsafah. Bukan area yang aku main, aku malas nak sembang deep.
Tapi, kalau kau nak sembang pasal business, startup, sme, pasal pekerja, buat software, drone, blockchain technology, dunia crypto, pasal technical analysis chart, pasal scammer, research methodology, material science, mari sini. Tapi yang aku paling terer adalah bab gopren-gopren. Pasal law ni aku nampak macam tau sedikit sebanyak sebab aku selalu naik turun court. Banyaklah aku belajar. So, jangan tanya aku pasal law sangat.
Tapi, kena ingat! Kebenaran itu mungkin datang daripada even musuh kita. Hal ini Allah dah ajar dalam hadis ayat kursi yang mana syaitan yang ajar Abu Hurarah RA dan Nabi SAW memberikan taqrir. Hadis tersebut sahih dan kita mengamalkannya sampai hari ini. Maka, walaupun kadang-kadang seseorang itu bukan ahli, tapi hujah dia tetap kita kena analisis kalau rasa nak buatlah.
Sebenarnya sebagai orang awam, rakyat marhaen satu ilmu sahaja kita kena ada, tau apa dia? Ilmu filtering atau menapis. Disebabkan aku ni jahil dan cap ayam, aku memang jaga dan amalkan ilmu filtering semampu mungkin dalam kehidupan aku. Maklumat banyak orang tulis, mana satu nak pilih, mana satu betul, mana satu salah. So, aku kena pandai filter. Kena tau, ada yang sahih, ada khilaf, ada yang dhaif dan ada yang scam ilmu-ilmu yang orang sebar.
Itu sebab aku menggagaskan usul #mindaskeptikal, prinsip #EvidenceBase dan budaya #SCRUTdulu. Inilah cara kita nak filter supaya segala kekusutan itu terjawab dan kita boleh decide kita nak terima ke tak. At least depan tuhan nanti, kita boleh jawab yang kita telah berusaha untuk tapis.
Maka aku kena SCRUT sesiapa sahaja yang cuba memberi pandangan di dalam boundary ilmu dan pengetahuan aku sebelum aku hendak menerima apa-apa pandangannya. Aku rasa elok aku share hujah aku untuk menerima dan menolak pandangan dia.
Baru-baru ini, ketika sahabat aku mengkritik Rafizi di atas isu pertemuan celomot dengan Zahid Hamidi di hotel Umno, Seri Pacific, eh silap! Dia mengkritik sembang vavi tervang tentang valuation Invoke yang merepek, mantan CEO Tabung Haji zaman PH yang bernama Nik Hasyudeen (selepas ini akan dipanggil ceoPH) cuba memberi respond dengan membaca hujah valuation syarikat Grab.
Jawapan simple dan mudah. Menggunakan kisah valuation Grab untuk menjustifikasikan valuation Invoke adalah kebodohan yang nyata. Telah dibuktikan yang valuation Invoke hanyalah manipulasi dan input yang pihak Rafizi sendiri masukkan. Bahkan segala nama-nama investornya hanyalah di kalangan kawan-kawannya sahaja. Apa product Invoke yang ada value yang sangat hebat, sehebat Grab? Cuba tanya ceoPH itu.
CeoPH ialah seorang akauntan dan auditor. Dia bukan seorang seorang pelabur, dia juga bukan seorang usahawan tech startup. Dia seorang auditor yang telah membuka firma audit bernama KHR. KHR ini aku kenal sangat kerana ada kenalan aku berstatus partner di sana. KHR ini menjadi audit firm besar di zaman Umno-BN berkuasa. Mereka audit agency kerajaan seperti Felcra. Ohya, kenalan aku itu juga orang kuat Umno.
CeoPH tidak ada pengalaman bekerja dengan investment bank, firma venture capital, bekerja sebagai investment analyst, atau membangunkan startup. Dia punya pengalaman hanyalah, audit, audit, dan audit. Business yang berjaya pun, buka audit firm. Ketika dia ke SC pun, dia jadi ED untuk AOB iaitu division audit. Audit juga!
So, kalau ceoPH ini sembang pasal audit. Kita boleh dengar. Dia ahli. Tapi kalau dia nak sembang pasal benda lain. Korang abaikan jela. Dia sembang pasal startup, korang campak dalam tong sampah saja. Tapi kalau dia sembang pasal jual nasi bungkus, jual pie, jual kuih, jual air liur, bolehlah kau buka telinga sikit.
CeoPH ini agak “lucky ass” juga. Dia pengikut tegar DS Zukri, itu yang dapat jadi director bank Islam. Daripada Bank Islam itu yang membawa dia ke Tabung Haji. Masa dia dekat Tabung Haji, aku taktaulah apa investment yang baik dia buat untuk TH. Dengan pengalaman audit, aku rasa dia jenis cost ceo. Cost ceo ialah ceo yang pandai cut cost dan susun account bagi cantik.
Aku telah SCRUT keberadaan dia di dalam business. Tiada satu pun syarikat yang dia involve adalah tech startup. Tiada juga juga VC company, atapun Fund/Asset Management Company. Tiada! Yang ada adalah advisory. Yang lain semua dah tutup bungkus. Banyak dapat free directorship sebab follow DS Zukri dulu kot. Selain itu, dia banyak jadi director/partner untuk syarikat anak-anak Tan Sri Mustafa Kamal. Tapi, itu semua dah tutup juga.
Ini perangai biasa orang-orang yang dah duduk di tampuk kuasa, menggunakan nama, pengaruh dan pengalamannya untuk buat servis advisory. Servis advisory ni biasa servis dapatkan lesen, dapatkan loan, buatkan proposal atau pun paper untuk pitch geran or loan dan lain-lain. Dalam bahasa orang biasa, consultant broker la. Tapi, itu pun biasa-biasa je revenue dia. Ada yang tak aktif pun, rujuk Inovastra dan Inovastra Capital yang aku dah tolong SCRUT di www.interepo.com.
Jadi apa yang aku nak sampaikan? CeoPH itu hanyalah corporate man yang naik di zaman PH sebagai CEO TH setelah DS Zukri tak sihat dan undur diri. What a lucky ass kan? Dia bukanlah usahawan sejati. Korang takyah nak impress sangat kalau dia gebang terbang macam Rafizi. Dia kaya sebab corporate climb je dan mungkin main politik sikit.
Kalau dia sembang pasal accounting dan audit, boleh dengar. Dia sembang pasal jual nasi nasi tepi jalan, boleh dengar. Pasal jual pie, boleh dengar. Pasal business audit firm, boleh dengar. Kalau dia sembang pasal startup, pasal investment, campak je dalam tong sampah pandangan-pandangan dia. Suruh dia walk the talk dulu.
Eh, ceoPH ni tak invest kat Invoke pun kan. Kalau yakin sangat, load la EPF kau dalam Invoke! Aku nak kasitau, bukan semua orang dia boleh tipu, dia boleh gebang terbang. Bukan semua orang impress dengan dia kalau setakat jadi ceo TH beberapa bulan sebab politik dan turun sebab politik.
Pada aku, ceoPH ni budak nerd yang mencari recognition dan kecewa selepas diturunkan pada era PH. Itu yang meroyan dengan promosi diri “Minda CEO” dan “mantan CEO”, macam tak puas je kena turun jadi CEO. Pakai jela status terkini, penjual pie ke. Or tunggulah balik, mana tau dilantik semula ke oleh kerajaan hasil gabungan yang tuan mantan CEO panggil parti Mat Sakau..
Kan?
Inilah pandangan aku terhadapnya selepas aku SCRUT ceoPH itu.