TENANGKAN KAUM MUSLIMIN DI MALAYSIA

T

(Since ada orang minta aku komen.)

Menyambut baik cadangan mantan guru kami yang mulia, as-Syaikh Dr. Asri hafizahullah, sebenarnya aku juga telah terfikir untuk menulis cadangan seperti ini. Cuma aku nak tambah sedikit supaya lebih aman negara ini daripada isu-isu perkauman selepas ini.

1. Selain DAP perlu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam. DAP juga perlu menarik Deklarasi Setapak dan mengubah perlembagaan DAP di bahagian Malaysian Malaysia kepada yang lebih mengangkat perlembagaan dan kontrak sosial.

2. DAP juga seharusnya memohon maaf kerana Ngar Koh Ming sekali lagi bermain isu Taliban dengan sengaja untuk kempen baru-baru ini.

3. DAP patut mengarahkan pimpinan mereka yang pernah melakukan provokasi mereka terhadap orang Islam seperti Teresa Kok dan Elizebeth yang mengepos gambar mengangkat arak di saat umat Islam menentang budaya barat Octoberfest.

4. Lim Guan Eng patut secara berjiwa besar dan terbuka mengumumkan penarikan diri daripada kepimpinan negara sehingga kes terowongnya selesai.

5. DAP sepatutnya secara terbuka mengecam kebejatan Superman Hew, Ronnie Liu yang berkali-barkali telah mencabar dan berkempen secara perkauman.

6. Apakah pendirian DAP terhadap pengganas LTTE.

Aku hanya cadangkan sahaja. Nak buat, buat. Taknak buat pun takpa. Kalau DAP nak lantik aku jadi penasihat persepsi pun boleh. Macam biasa, USD2,500/hour rate konsultansi aku.

😜

Ikhlas,
Mantan Ahli Cadangan DuDAP 2014
Dewan Ulama’ dan Umara’ DAP

#NonPartisan

ps : Tadi ada yang bunyi aku sokong DAP, tapi kejap lagi aku jadi wala’un pula. Kan? 😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.