Sadd Zara’i : Kaedah fiqh yang ditunggang pembenci bitcoin

S

Sadd Zara’i : Kaedah fiqh yang ditunggang pembenci bitcoin

Apabila seseorang/sekumpulan agamawan itu tidak punya dalil dari agama, tidak juga punya fakta yang solid untuk melakukan qiyas atau alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara, tetapi hati dan pendiriannya/mereka kuat untuk mengharamkannya.

Sadd Zarai’ akan digunakan. Sebuah kaedah fiqh yang sangat powerful. Menutup ruang-ruang kemudaratan.

Maka, adalah lebai yang berhujah, bukan pihak tersebut tidak faham dan tidak tahu tentang hujah pihak lain yang mengharuskan. Tetapi mereka melihat mafsadah lebih besar, iaitu ponzi scheme.

Ironinya seolah-olah pihak yang mengharuskan tidak nampak atau menggalakkan ponzi scheme. Adakah benar dakwaan itu?

Atau seolah-olah pihak yang mengharamkan bitcoin menyokong bank dan kapitalis walaupun bank juga sering dirompak, digodam dan yang paling penting rompakan yang membawa kematian.

Atau pihak yang mengharamkan bitcoin menutup mata dengan kelemahan wang kertas yang boleh ditiru dan diedarkan. Mungkin kelebihan wang kertas yang boleh ditiru boleh memperbaiki sistem kewangan negara.

Scammer itu ada di mana-mana. Ada yang guna bitcoin, ada yang guna gelaran seperti doktor dan ustaz. Sebagai contoh ustaz lariba, dia bukan ustaz, tapi dia mengaku dia ustaz. Dapatlah dia jual agama bagi kuliah dengan scam gelaran yang dibuat sambil mengangkat bendera melawan riba dan scammer.

Maka kebijaksanaan kitalah untuk menilai sesuatu isu. Kita beriman dengan Allah dan rasul, bukan dengan institusi agama atau ustaz. Pandangan manusia diterima dan ditolak kecuali Allah dan rasul.

Sekian, takzirah pagi.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.