Wow! Jika benar, memang dahsyat betul peguam-peguam Siti Bainun yang ramai-ramai tu buat kerja dengan sepenuh jiwa dan raga secara probono. Free of charge katanya demi menegakkan kebenaran terhadap Siti Bainun.
Najib Razak dan Zahid Hamidi pun tak cabar keputusan Prima Facie terhadap kes masing-masing. Yang dijumpai adalah Bung Mokhtar. Lain level rajin peguam-peguam probono ni all out.
Apa pun, aku nak sampaikan. Perjuangan adik Bella nak dapatkan keadilan untuknya sangat mahal. Tidak murah. Lihatlah bagaimana mereka menggunakan segala proses mahkamah untuk mereka.
Kes adik Bella ini bukan sekadar DPP lawan Siti Bainun dan pasukan peguamnya. Ia kes adik Bella melawan Siti Bainun. Rakyat melawan Siti Bainun. Masyarakat melawan pasukan Siti Bainun.
Sudah pastilah rakyat dan masyarakat ambil tahu. Sudah pastilah rakyat dan masyarakat sentiasa memerhati. Rakyat dan masyarakat secara majoriti bukan gang Zaki Omar dan antivax yang mempertahankan Siti Bainun.
Majoriti rakyat Malaysia bersama adik Bella. Seingat aku yang sokong Asiah Jalil ni pun Sifu Saham, Alwi Adam walaupun dia orang ISMA, Melayu Sepakat Islam Berdaulat, dan Arus Baru. Selain gang tulah.
Aku bersimpati sangat dengan adik Bella, perjuangan dia sangat sukar, sangat dahsyat selepas dia didapati didera dengan teruk. Apa pun, korang doakanlah adik Bella dan DPP untuk terus tsabat dan istiqamah menegakkan keadilan.
Sekian.
Hanya orang yang silau sahaja tak nampak siapa zalim, siapa jahat, siapa hantu dan siapa yang sokong kezaliman. Siapa yang betul, siapa baik, siapa yang sokong keadilan dan siapa yang tolong adik Bella. Kalau mata tak silau macam Mat Silau ler..