Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DS Anwar Ibrahim pernah menggesa AG Idrus Harun untuk meletakkan jawatan secara terhormat kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab secara neutral termasuk dalam menasihati YDP Agong.
Hari ini, AG Idrus Harun masih lagi AG untuk kerajaan PH+BN+GPS. Persoalan aku, adakah AG Idrus Harus sudah neutral atau dia sudah berbai’ah dengan tuan yang baru?
AG ini juga telah dituduh menjadi alat kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin untuk mendakwa mp-mp daripada PH dan meneruskan pendakwaan yang telah dibuat zaman Tun M.
Adakah dia akan memberikan arahan untuk melepaskan kes-kes seperti melepaskan dan membebas Azeez Rahim baru-baru ini tanpa bantahan DPP, kan?
Aku pun cuba mencari profil AG Idrus Harun ini dan aku mendapati yang dia ini mantan hakim mahkamah persekutuan, selain itu dia juga pernah menjadi pendakwa raya.
Jadi, pandangan aku mudah saja. Selagi manusia bernama manusia, dia tetap manusia yang tidak dijanjikan syurga. Jika AG dan mantan hakim mahkamah persekutuan pun pernah dipertikaikan mredibilitinya oleh pimpinan parti yang dah menjadi kerajaan hari ini. Inikan pula rakyat marhaen.
Betul tak?
Janganlah ada DPP atau registrar mahkamah nak sentap pula bila ada rakyat marhaen tidak mahu meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap sistem keadilan negara.
It’s a fair comment kan?