Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah mengulang kenyataan menteri-menteri Umno zaman sebelum ini. Mungkin versinya sedikit lain. Tetapi maksudnya jelas sama. Takyah guna terma-terma bombastik seperti elasticity atau keanjalan.
Hakikatnya, konteksnya tetap sama. Rakyat mahu solusi. Mahu kehidupan yang baik. Mahu hidup senang dan mewah macam menteri-menteri juga. Tak dapat rasa gaji puluh ribu takpalah. Takkanlah harga ayam naik, rakyat kena candat sotong pula?
Menteri-menteri Umno zaman sebelum ini juga menggunakan hujah dan naratif yang sama iaitu, meletakkan beban solusi kepada pihak rakyat marhaen. Kononnya, rakyat tak faham ekonomi. Ketika itu Rafizi orang yang terkedepan membantah.
Hari ini, apa sudah jadi?
Kata-kata seperti jangan makan ayam kalau ayam mahal, makan daging. Jangan beli telur kalau telur mahal, beli kangkung. Jangan beli dekat kedai yang mahal, beli dekat penjual yang murah. Bagi kerjasama dan lain-lain.
Ya, memang nampak benar cadangan itu. Tapi itu semua tidak perlu diajar. Rakyat marhaen tidak bodoh untuk politikus ajar kami memilih kedai dan penjual yang lebih murah.
Memang itulah yang kami lakukan selama ini. Gaji kami bukan macam gaji dan elaun menteri dan mp. Pendapatan kami memang memaksa kami melakukan hal tersebut sejak sekian lama. Dan-dan nak disalahkan kami pula.
Lainlah kami semua ada orang derma masuk dalam company, dapat duit lobiyist, money laundering, dan macam-macam perks macam para politikus dan menteri. Kenaikan harga barang memanglah kami tak rasa.
Maka jangan bodohkan kami dengan kenyataan bangang seperti itu. Pergi cakap dalam perhimpunan parti sendiri sudahlah. Biar #TaikPolitik masing-masing jilat dan telan najis-najis yang membodohkan rakyat itu.
Rakyat marhaen yang bijak sudah muak dan meluat dengan drama membodohakan ini, blambing game, ajak rakyat bersama-sama. Bukankah selama ini Rafizi Ramli ada formula nak menurunkan harga barang? Tak boleh apply ke?
Nak ajak kami sama-sama buat apa? Kami memang dan buat lama dah. Tapi kalau kenaikan tersebut bersifat menyeluruh, apa kami boleh buat? Kami kelaparan, anak-anak di rumah menangis nak makan ayam. Apa option kami? Patutnya menteri dan kerajaan yang ada kuasa buatlah tindakan menggunakan kuasa dan dana yang ada.
Takkan nak suruh kami meronda-meronda cari tempat murah pula? Itu semua kos. Yang menteri-menteri ada kuasa gaji puluh-puluh ribu tu buat apa? Kalau nak suruh kami buat sendiri, takyah ada menteri lah kot. Resign je. Jimat juga duit rakyat. Rafizi ambil gaji kan?
Apa yang rakyat marhaen harapkan adalah sebuah arah tuju atau direction, polisi dan strategi atau formula pihak kerajaan mengatasi masalah harga barang ini. Jangan risau, rakyat akan sokong segala tindakan kerajaan yang menguntungkan rakyat marhaen.
Aku tidak nampak beza Rafizi, Hassan Malik dan Ahmad Maslan. Memang seiring dan seirama sahaja nada mereka. Cuma lirik sahaja berbeza. Aku nak ulang sekali lagi.
TIPU #TAIKPOLITIK SENDIRI BOLEH LAH!
RAKYAT MARHAEN SUDAH TIDAK BOLEH DIBODOHKAN!
TOLONG HENTIKAN PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT MELALUI KENYATAAN-KENYATAAN BANGANG YANG MENYINGGUNG PERASAAN RAKYAT!
ps : Jangan bongkak dengan kuasa yang ada. Jangan sonbong dengan gaji yang rakyat bayar. Takkanlah, siapa kritik semua PN. Nak kasitau dalam PH dan BN semua bodoh ke?