ADHD – APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGANEGARA YANG BERGUNA?

A

Dalam hidup ini, ada beberapa perkara yang aku menyesal. Antaranya aku gagal appreciate orang yang ada “disorder” seperi autisme, dyslexia dan ADHD.

Masa zaman aku sekolah, diorang ini diletakkan di kelas belakang. Dikategorikan sebagai pelajar lembam, nakal, dan tiada masa depan. Walhal kita yang gagal memahami mereka.

Setelah aku semakin matang, aku menjadi majikan. Aku sentiasa cuba tolerate, compensate dan compromise kekurangan mereka. Aku percaya ia tanggungjawab sosial aku selain fardhu kifayah sebagai seorang muslim.

Baru-baru ini, seorang individu bernama Aqmal, calon PhD daripada Jabatan Psikitri, Fakulti Perubatan UKM menghubungi aku untuk membantunya melakukan sedikit kaji selidik.

Kajiannya bertajuk :
“KECELARUAN KURANG DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF (ADHD) DALAM KALANGAN DEWASA DAN KEMALANGAN JALAN RAYA: SATU KAJIAN KERATAN RENTAS”.

Suatu kajian yang sangat komprehensif untuk mengkaji salah satu sebab kemalangan jalan raya. Hal ini didasari dengan sebuah kesimpulanyang ramai dalam kalangan kita mempunyai simptom ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau Kecelaruan Tumpuan dan Hiperaktif).

ADHD ini sebenarnya mempengaruhi tingkah laku pemanduan kita. Bagaimanakah cara pemanduan kita? Adakah kita mengalami keadaan-keadaan sebegini?
· Memandu sambil makan minum?
· Sambil bercakap telefon?
· Sambil mengantuk ?
· Sambil fikiran melayang-layang?
· Rasa geram dengan kereta dihadapan?
· Rasa nak memaki hamun?
· Lampu isyarat yang menguji kesabaran?
· Jenis relax?
· Memandu seperti tiada hari esok?

Maka, aku dengan rendah diri memohon korang-korang warganegara Malaysia yang ilmiah lagi berguna untuk membantu sahabat kita ini menjalankan kajian terhadap subjek yang dia telah pilih.

Berikut adalah cetusan permohonan bantuan kepada kita semua, warganegara yang ilmiah dan berguna.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Saya Muhammad Aqmal Bin Abdul Rahim, seorang pelajar Ph.D Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sedang menjalankan kajian yang bertajuk:

“KECELARUAN KURANG DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF (ADHD) DALAM KALANGAN DEWASA DAN KEMALANGAN JALAN RAYA: SATU KAJIAN KERATAN RENTAS”.

Saya dengan hormatnya menjemput Prof/Dato/Dr/Tuan & Puan untuk mengambil bahagian didalam kajian ini sekiranya:
1. Berumur diantara 20 hingga 55 tahun.
2. Memiliki lesen memandu dan pernah memandu kenderaan. (apa sahaja jenis kenderaan).
3. Boleh membaca dan memahami bahasa melayu.

Anggaran masa bagi menjawab keseluruhan soal-selidik ini adalah 10 – 15 minit sahaja.

Pautan soal-selidik: https://forms.gle/ZQ4kuqJfTydqPDGLA

Sekiranya Prof/Dato/Dr/Tuan & Puan mempunyai apa-apa sebarang bentuk pertanyaan, boleh menghubungi penyelidik melalui:
Email: [email protected] / [email protected]
Telefon: 018-2269525

Jasa baik Prof/Dato/Dr/Tuan & Puan melengkapkan soal-selidik ini amat saya hargai. Dan saya memohon jasa baik Prof/Dato/Dr/Tuan & Puan untuk memanjangkan soal-selidik ini kepada semua kenalan yang lain.

Sekian Terima Kasih.

https://www.facebook.com/watch/?v=572668684725904

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.