SANUSI YANG WALK THE TALK!

S

Mula-mula aku ingat dia sembang je, sekali memang serius.

Kita sebagai umat Islam dan manusia yang punya akal patut bagi tabik hormat kepada Nusi ni.

Kenapa?
1. Judi itu jelas haram di dalam Islam.
2. Berjudi juga bukan budaya atau agama masyarakat lain.
3. Judi berlesen adalah scam yang sangat jelas. Cumanya berlesen.
4. Apa beza dengan ponzi scheme, pelaburan scam dan pelaburan forex dan crypto scam?
5. Bagi sahaja lesen, terus jadi halal dan kena dihalalkan?

Judi adalah penipuan dan scam yang jelas!

Jika kerajaan membenarkan maka kerajaan membenarkan rakyat ditipu dan dirompak kapitalis jahat.

Lepas ini mungkin takda taik judi berlesen di Kedah, tapi mungkin taik judi tanpa lesen. Jadi, kerajaan negeri perlu cakna dengan aktiviti tersebut.

Judi ini sama macam rasuah dan arak. Ia akan jadi taik dan kaki. Akan merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Ingat, apa beza kau main ponzi scheme atau pelaburan haram dengan main nombor ekor. Kalau main ponzi itu bangang, main nombor ekor pun lagi bangang.

Ponzi scheme ni dia tipu dan buat kau tertipu. Judi nombor ni terang-terang dia dah kasitau, aku nak tipu ni. Dalam 1,0000 kebarangkalian, 1 menang jackpot!

Jangan jadi bangsa bodoh, jangan jadi manusia bangang. Nak duit lebih, kerja. Nak invest, invest tempat berlesen!

Faham?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.